CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Percaya Si Mati Maut Akibat Covid-19, Puluhan Penduduk Sekat Ambulans Gunting Kain Kafan Si Mati

19-1-2021 02:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4286| Komen: 29



Puluhan penduduk di sebuah desa di Jatirogo, Jawa Timur bertindak menahan sebuah ambulan dan mengambil secara paksa jenazah seorang pesakit Covid-19 untuk dikuburkan sendiri tanpa mengikut protokol pengebumian oleh petugas kesihatan.

Di dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini di Desa Karangtengah, penduduk dikatakan tidak percaya bahawa jenazah yang juga seorang tokoh masyarakat di kawasan tersebut telah disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Ketika kejadian, petugas kesihatan yang mengiringi jenazah di dalam ambulan telah menunjukkan kepada penduduk video rakaman solat jenazah yang telah dilakukan ke atas arwah oleh petugas.

Selain itu, petugas kesihatan turut menunjukkan hasil ujian swab sebagai bukti bahawa arwah telah dijangkiti wabak Covid-19.


Penduduk yang berdegil tetap berkeras membuka pintu van dan menggunakan tuil besi untuk mencungkil peti keranda serta menggunting kain kafan yang membalut tubuh jenazah.

Ketua Polis Tuban, AKBP Ruruh Wicaksono mendedahkan bahawa tiga pelaku utama yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan jenazah dikenali sebagai NU (38), AA (32) dan N (53).

”Aksi yang dilakukan oleh pelaku bermula dengan rasa tidak percaya bahawa mayat pesakit Covid-19 telah disolatkan.

”Kemudian, mereka memprovokasi penduduk tempatan untuk menghalang ambulan dan mengambil jenazah secara paksa ketika tiba di kawasan pengebumian seterusnya disolatkan dan dikuburkan,” katanya.

Beliau meminta supaya masyarakat tidak lagi melakukan pengambilan paksa jenazah Covid-19 kerana membahayakan keselamatan mereka.



Sumber : SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ina_na 19-1-2021 02:15 AM
Tunggu la x lama lg 1 kg terjangkit covid.. Br akal dia org sampai
Quote biskut_milo 19-1-2021 02:16 AM
Only in Seberang..
Quote Kurex 19-1-2021 02:20 AM
Baca tajuk dah tau dekat mana
Quote darkness 19-1-2021 02:39 AM
Tak lama lagi mentality ni masuk malaysia. Tgk dalam fb pasal video yusuf azmi pun masing2 kata covid ni xreal..agenda yahudi semata kata derang. Yang pemilik video tu pula, dah nak setahun kut..alih2 baru tau covid ni xda ubat. Buat2 pelik pula...ceritalah pengalaman real kunu..mmgla pengalaman dia benda betul, tapi tak semestinya apa yg dia alami sama dgn yg ada dalam icu. Anak kecik dia xda kena kasi makan ubat la..sedara dia xmkn ubat la..anak buah aman2 xmkn ubat..mcm xpernah dgr covid ni mmg xda ubat. Menyeru para agong, kkm,dato2, pm dan sebagainya..covid ni tak seteruk yg dijangka. Jadi mcm brazil baru dianggap teruk ka? Assumption paling pandai
Quote wnwa05 19-1-2021 02:40 AM
mungkin hari ni kita gelakkan dorang sebab fikir bongoknya dorang buat macam tu tapi suatu hari nanti siapa tahu mungkin betul apa yg indon2 ni argue?

wallahualam


jemput baca https://mforum1.cari.com.my/foru ... &extra=page%3D1


aku akan ikut dan lebih percaya pendapat ulama dan ustaz2 yg tidak menunggang agama dari saintist bukan islam di akhir zaman ini.. maaf ya. itu hak aku
Quote rogayahtop 19-1-2021 03:32 AM
Penat2 ibnu sina kaji microbes. Ustad2 zaman moden ni bawak2 la membaca pasal saintis islam jangan dok ingat semua benda yahudi yg discover dik non. Quarantine, disinfect dgb alcohol, basuh tangan dgn sabun bunuh bacteria tu saintis islam yg kaji.

Quote Itzy 19-1-2021 04:28 AM
darkness: Tak lama lagi mentality ni masuk malaysia. Tgk dalam fb pasal video yusuf azmi pun masing2 kata covid ni xreal..agenda yahudi semata kata derang. Yang ...


La aku ingat bro yusuf azmi ppim ni bijak. Patut la tengok muka dia cam biol sikit tapi kalau bercakap dengan ahlong berani juga ya. Boleh pula tak percaya covid ni real.
Quote darkness 19-1-2021 04:44 AM
Itzy replied at 19-1-2021 04:28 AM
La aku ingat bro yusuf azmi ppim ni bijak. Patut la tengok muka dia cam biol sikit tapi kalau be ...

Dia ikut ja apa kkm ckp...yang bongoknya penyanjung konspirasi jadikan video dia bahan bukti untuk kepercayaan drg

Sorryla ya,ulama dalam malaysia mahupun indonesia  yg legit pun bukan penyanjung konspirasi. Penyanjung konspirasi, kalau ko ckp 2+1 jadi 4, itulah kepercayaan drg. Itu kepercayaan buta tuli namanya. Sebok dgn konspirasi tp usaha utk tangani zero. Tin kosong
Quote darkness 19-1-2021 04:46 AM
Perkataan mungkin tu jauh dr agama juga...tiada mungkin dr agama
Quote dudaberhias 19-1-2021 05:02 AM
Kurex replied at 19-1-2021 02:20 AM
Baca tajuk dah tau dekat mana

tu la.. iols baca pun dah agak mesti negara leluhur samada di jowo... sulawesi atau uttar pradesh... aaagitu
Quote KIM.K 19-1-2021 05:12 AM
darkness replied at 19-1-2021 02:39 AM
Tak lama lagi mentality ni masuk malaysia. Tgk dalam fb pasal video yusuf azmi pun masing2 kata covi ...

Kita baru lagi dgn C19 belum tau dalam 5 tahun apa kesan pada peparu/sistem bila rosak berulang2

Macam patah kaki, kalau 3 kali patah jadi apa pastu. Aku lak malu geng konspirator melayu tak caye kovid
Quote darkness 19-1-2021 07:16 AM
KIM.K replied at 19-1-2021 05:12 AM
Kita baru lagi dgn C19 belum tau dalam 5 tahun apa kesan pada peparu/sistem bila rosak berulang2
...

Aku tak tolak konspirasi. Tp untuk berkiblatkan  konspirasi ni moga jauh dari aku dan keturunan aku. Untuk dibaca dan utk pengetahuan sendiri boleh..dan sentiasa berhati hati tu masih ok lagi bagi aku..tp hari ini, jangankan kkm didajjalkan, para petugas kesihatan pun dikatanya agen yahudi. Yg bercakap ni melayu islam, yg dicakap ni pun melayu islam..dan sampai mengakui diri antara buih2 dilautan yg lebih alim dari org lain, please stop the bullshit.
Pandai mengajar aku supaya baca teori2 tu padahal, aku lebih dulu tau konspirasi ni sebelum dia main tik tok lagi. Bukan bidang aku untuk pahamkan dorg ni pasal konspirasi, sb tu aku diam..sb ilmu aku cuma sekecil zarah sahaja. Biarlah aku sibukkan diri dgn memperbaiki ibadah aku dari bercakap teori dan konspirasi yang ntah betul atau fitnah sampai yg berusaha kekang pula dapat tempias disebabkan kedegilan para pentakjub konspirasi
Quote Kurex 19-1-2021 08:10 AM
dudaberhias replied at 19-1-2021 05:02 AM
tu la.. iols baca pun dah agak mesti negara leluhur samada di jowo... sulawesi atau uttar pradesh. ...

Harap muazzin yg bertatu wajahnya tak terikut perangai mcm ni
Quote dudaberhias 19-1-2021 08:11 AM
Kurex replied at 19-1-2021 08:10 AM
Harap muazzin yg bertatu wajahnya tak terikut perangai mcm ni

harap2nya tidak... yang itu herlokkkkk teramat chuolsss... iols google gambar dan fb pun memang herloxxxxx...
Quote Kurex 19-1-2021 08:13 AM
darkness replied at 19-1-2021 07:16 AM
Aku tak tolak konspirasi. Tp untuk berkiblatkan  konspirasi ni moga jauh dari aku dan keturunan ak ...

Aku ada je member yg jenis percaya konspirasi. Cerita mcm dia yg hebat. Yahudi la, dajal la... Dia suruh hati2 dgn agenda iluminati yg nak tawan dunia. Bila aku ajak solat, taknak pulak dia solat sekali..
Quote kelapaparut 19-1-2021 08:15 AM
Itzy replied at 19-1-2021 04:28 AM
La aku ingat bro yusuf azmi ppim ni bijak. Patut la tengok muka dia cam biol sikit tapi kalau be ...

mcm sohai ina naim tu biolnye, takut tsalah blajar ilmu ugama, jd mcm ni lah mcm bersilat atas jln raya tempohari..
Quote JulietTheOrange 19-1-2021 08:59 AM
darkness replied at 19-1-2021 02:39 AM
Tak lama lagi mentality ni masuk malaysia. Tgk dalam fb pasal video yusuf azmi pun masing2 kata covi ...

yusuf azmi die bukan kene penyakit covid
die kene penyakit convids
covid nie dh setaun lebih wujud pon still x geti2 lg sebut name yg btl
Quote darkness 19-1-2021 09:18 AM
Kurex replied at 19-1-2021 08:13 AM
Aku ada je member yg jenis percaya konspirasi. Cerita mcm dia yg hebat. Yahudi la, dajal la... Dia ...


Yg aku nampak, pentaksub konspirasi ni yg baru kenal/ berjinak-jinak apa itu konspirasi. Yg dari dahulunya mmg ada, tp skg ni pemahaman jauh kelaut..mendajjalkan sesama islam. Pung pang rasa tertindas sendiri walhal ko pegi masjid ke tidak sebelum pkp nih?? Tuduh pula sesama islam sebagai agen yahudi. Hello??!! Are you serious? Dimanakah kewarasan otak?

So biarkan mereka dgn labu2nya... Penat berhujah dgn pentaksub. Pasti kita dituduh agen yahudi dan pengikut dajjal
Quote Eliadaisy83 19-1-2021 09:25 AM
Indon what do u expect.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.045866 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top