Pelakon jelita, Elfira Loy gelisah apabila anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf mengalami demam panas buat kali pertama, pada Ahad. Menurut Elfira, bacaan suhu badan anak lelakinya itu kian meningkat dan sudah mencecah 37 darjah celsius.
Lalu, bintang berusia 27 tahun ini meluahkan rasa bimbang dan turut meminta nasihat daripada pengikutnya menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya. “Pertama kali Rayyan demam sepanjang dari bayi sampai dah besar ni. Harap demam ni sekejap je. “Apa yang saya buat, ibu saya mandikan dia dengan air biasa je, selalu lap-lap badan & tampal Cool Fever. Tapi, bila nak tidur dia macam tak selesa sikit, jadi El pasang zikir ubat penyakit sebab Rayyan selalu akan tenang kalau pasang bacaan al-Quran & pasang juga YL diffuser.
“Saya guna lemon & thieves baru dia tidur. Tapi, bila malam tu mungkin dia tak selesa, banyak tidur atas bahulah sambil dukung berdiri. “Jadi, bila anda putuskan untuk membawa anak anda berjumpa doktor? Atau bersabar je sampai ia (demam) kebah?” tulisnya.
|
akies replied at 19-1-2021 05:45 AM
Pelakon jelita?
Kiyah replied at 19-1-2021 08:09 AM
I suggest El pakai bantal zikir baby piyan
ADVERTISEMENT