Berbeza dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdahulu pada 18 Mac 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan lebih banyak aktiviti ekonomi diteruskan beroperasi khususnya di lima sektor ekonomi.
Kelima-lima sektor ekonomi yang dimaksudkan adalah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi. Menyentuh kelonggaran kepada sektor pembinaan tidak pula dinyatakan dengan jelas oleh Kerajaan apakah dibenarkan pengubahsuaian rumah kediaman dalam keadaan PKP 2.0? Ini kerana ada kontraktor yang mengupah pekerja dari Indonesia untuk meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian rumah termasuk pada hari Sabtu (hujung minggu) dalam tempoh PKP 2.0 dilaksanakan. Kebenaran yang diperoleh oleh tuan rumah untuk membenarkan pekerja kontraktor membuat kerja-kerja pengubah suaian rumah atau kediaman persendiriannya dalam PKP 2.0 dilaksanakan adalah ‘mengagumkan’.
Menyentuh kelonggaran kepada sektor pembinaan tidak pula dinyatakan dengan jelas oleh Kerajaan apakah dibenarkan pengubahsuaian rumah kediaman dalam keadaan PKP 2.0? Ini kerana ada kontraktor yang mengupah pekerja dari Indonesia untuk meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian rumah termasuk pada hari Sabtu (hujung minggu) dalam tempoh PKP 2.0 dilaksanakan. Kebenaran yang diperoleh oleh tuan rumah untuk membenarkan pekerja kontraktor membuat kerja-kerja pengubah suaian rumah atau kediaman persendiriannya dalam PKP 2.0 dilaksanakan adalah ‘mengagumkan’. Itulah sebabnya Kerajaan perlu secara khusus atau spesifik dalam memberi kelonggaran atau kebenaran kepada sektor pembinaan untuk terus beroperasi. Jika sektor pembinaan yang dimaksudkan di sini adalah pembinaan bangunan mencakar langit, itu boleh diterima tetapi apakah pengubah suaian rumah kediaman juga diletakkan di bawah kategori sama dengan sektor pembinaan? Alasan diberikan kebenaran dan kelonggaran kepada sektor-sektor berkaitan dengan ekonomi untuk terus beroperasi adalah sebagai langkah untuk memastikan kelancaran pembekalan keperluan asas harian, perdagangan antarabangsa dan rantaian bekalan kepada industri, infrastruktur kritikal dan juga kerja-kerja kecemasan tidak terjejas. Itulah kata-kata Muhyiddin perutusan khasnya yang cuba untuk seimbangkan di antara PKP, kekangan wabak Covid-19, bantu rakyat dan pacu ekonomi negara. Sumber: Suara Merdeka |
domestobot replied at 19-1-2021 06:37 AM
memang habis le kalau tak dapat nak renovate rumah awal tahun ni. gerenti tak sempat nak siap sebelu ...
kechikchomel replied at 19-1-2021 10:49 AM
kat area rumah iolss ni. sebelum pkp 1.0 ada sorang acik ni dah start dah buat rumah. nampak la tapa ...
ADVERTISEMENT