Baru-baru ini, menerusi video sembang santai keluarga Datin Noor Kartini dimuat naik di saluran Youtube Rosix & Bela. Menariknya dalam video tersebut, anak perempuan Noor Kartini iaitu Little Miss Khan (LMK) atau nama sebenarnya Ameera Khan bertanyakan apakah nasihat terbaik daripada ibunya tentang perkahwinan.
Secara ringkas, Noor Kartini menasihati LMK, supaya mengenali hati budi pasangan mereka lebih mendalam, lagi-lagi jika bergelar isteri pada suatu masa nanti. “Kena kenal siapa pilihan hati kita. Ibarat macam kita buat kek, acuan itu ibarat suami, jadi kita kena masuk dalam acuan itu. Jadi kita kena faham dan harus kenal siapa suami kita,” nasihatnya. Dalam perbualan anak beranak ini, LMK mencelah memberitahu ibunya bahawa dia agak sukar untuk memahami hati seorang lelaki yang sering berubah-ubah.
Kata LMK, melalui pengalamannya sendiri, dia pernah menemui lelaki yang pada awalnya seorang yang baik namun berubah jadi jahat. Ini reaksi Noor Kartini; “Orang lelaki ni, mereka tahu dia ada kuasa. Ego mereka tinggi, kita sebagai perempuan, kita kena selalu duduk di bawah mereka. Jadi kita kena sabar dan kalau kita cabar ego mereka, dia lagi akan memberontak dan akan jadi lebih teruk. “Sebenarnya, lelaki ini senang je, kalau kita faham mereka. Kalau kita ikut dia, tahu apa yang dia suka atau tak suka, kita akan menang," katanya ringkas. Sebelum ini, Ameera Khan yang juga merupakan adik kepada selebriti popular Neelofa pernah digosipkan bercinta dengan anak seorang wakil rakyat. Namun, sehingga hari ini tidak dapat dipastikan sejauh mana hubungan mereka berdua. Sumber: Murai |
Tinot7 replied at 19-1-2021 07:06 AM
bideo ni dah haplod seminggu yg lalu... nape masuk bodgos skang?
makcun14 replied at 19-1-2021 07:26 AM
"dia pernah menemui lelaki yang pada awalnya seorang yang baik namun berubah jadi jahat" ... perli b ...
bluebutter replied at 19-1-2021 07:18 AM
kelakar lah. I tk boleh blah.
muka paki tapi kecek kelate.
dudaberhias replied at 19-1-2021 07:30 AM
tapi kaka... muka leluhur gini la kebanggan acik kampung....asalkan hidung terpacak persis burung ...
Nenasketum replied at 19-1-2021 07:33 AM
Kiutnya pink animal itteww. Iolls kena click dun recommend channel diorang ni baper kali dari utu ...
dudaberhias replied at 19-1-2021 07:30 AM
tapi kaka... muka leluhur gini la kebanggan acik kampung....asalkan hidung terpacak persis burung ...
dudaberhias replied at 19-1-2021 07:37 AM
ooo sebelum ni pun dekat iols punya youtube memang asyik keluar recommend vid theyols... tu pun se ...
bluebutter replied at 19-1-2021 07:56 AM
siapa isteri tua?
siapa isteri muda?
harkktuih replied at 18-1-2021 11:36 PM
Jadah org tua ni masuk bod gosip? Retiskah?
ADVERTISEMENT