Pengacara popular Azwan Ali terus mengkritik abangnya secara terbuka di media sosial. Terkenal dengan jolokan Diva AA, Azwan menegur tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP). Azwan mempersoalkan tindakan Mohamed Azmin merentas negeri untuk melakukan kerja kebajikan di Pengerang, Johor. “Kau telan gaji ribu-ribu menggelupur sampai ke Pengerang. Buat apa cuci masjid di situ?” soalnya menerusi sebuah video dimuat naik di media sosial. Semalam (kelmarin), Mohamed Azmin berkunjung ke Kampung Bukit Raja Darat bagi melakukan kerja gotong-royong. Pada kunjungan itu, Mohamed Azmin mengakui kunjungannya ke Pengerang telah mendapat kebenaran dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Terdahulu, Azwan turut mempersoalkan langkah kerajaan mengarahkan perniagaan termasuk restoran ditutup pada jam lapan malam. Katanya, ia bukan sahaja merugikan peniaga malah menyusahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan. “Tengok pakat bungkus perniagaan masing-masing 8 malam diarah tutup. Tidak suka. Orang hendak berniagakan. “Untung berapa sen sangat tetapi sekarang semua sudah ditutup. Kau makan gaji beribu-ribu sedap buat arahan. “Lepas itu menggelupur hendak kaji semula. Covid-19 sudah setahun hendak kaji apa? Orang berapa sen untung, kau baru hendak pertimbangkan,” katanya lagi. Sumber: ProjekMM |
jalfa replied at 19-1-2021 10:04 AM
Si ummi lagi hanat mulut dia..mmg selamba je maki abang dia...tak pernah abg dia nak saman tingg ...
Kurex replied at 19-1-2021 09:49 AM
Kalau azwan ali jadi yb, mau semua yb kena kutuk ludah dekat parlimen
hagemaru12 replied at 19-1-2021 10:34 AM
Lepas sidang parlimen je cleaner bawak mop kering dgn baldi. Lepas mop semua keluar dewan boleh pe ...
makcun14 replied at 19-1-2021 09:52 AM
Diva Aa tetap penghibur no 1 dimata iols
ADVERTISEMENT