|
Penyanyi, Siti Nordiana sentiasa menjaga batas hubungan setiap kali bergandingan dengan penyanyi lelaki untuk menghasilkan karya duet. Terbaharu, dia yang mesra dengan panggilan Nana berganding bersama penyanyi, Nubhan yang juga berstatus suami orang menerusi lagu Sekali Lagi.
"Sebelum ini pun, saya pernah bergandingan dengan penyanyi lelaki yang sudah berkahwin iaitu Alif Satar. Jadi, tak jadi masalah untuk saya berganding dengan Nubhan kerana kami masing-masing saling mengenali. "Saya pun berkawan baik dengan isterinya dan tahu batas antara kami sebab dah macam adik beradik," katanya kepada Harian Metro.
Tambah Nana lagi, isteri Nubhan, Afifah Tawfek juga menjadi pengkritik utama kepada karya kolaborasi mereka.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.185126 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.