CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Trending Di Twitter, Wajah Dan Penampilan Norlia Ghani Diperlekeh

19-1-2021 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20624| Komen: 131

Tiba-tiba nama Norlia Ghani, 72, trending di Twitter gara-gara ciapan rawak individu yang menyindir bintang veteran itu ketika memperkatakan mengenai kejelitaan aktres dan model tinggi lampai, Kavita Kaur Sidhu.


Dalam insiden itu, seorang pemilik akaun Twitter memuat naik ciapan membandingkan kejelitaan Kavita yang berusia 49 tahun dengan wanita berusia 30 tahun yang dipersenda memiliki penampilan seperti Norlia.

Menghubungi pelakon yang terkenal dengan watak Joyah dalam drama bersiri Opah terbitan 1980-an itu, Norlia mengaku terperanjat dirinya trending di Twitter.

Kredit foto: IG

"Cucu Mama menunjukkan paparan skrin dan akaun Twitter menyebut nama Mama yang trending hari ini.

"Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial.

"Sekarang Mama pula jadi perhatian. Namun, Mama tidak ambil serius atau ambil 'pot'. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik COVID-19.

"Tak jadi kudis pun... Mama tahu ada yang mempertahankan Mama sebagai artis senior," katanya kepada BH Online.


Kredit foto: Twitter

Meraih sokongan peminat, netizen kesal ciapan itu seolah-olah tidak menghormati Norlia sebagai bintang veteran yang memberi banyak sumbangan kepada industri seni.

Norlia yang pernah meraih trofi Pelakon Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2002 mengaku tidak aktif di laman Twitter.

"Mama lebih kerap guna akaun Facebook dan Instagram," katanya.



Dalam perkembangan lain, Norlia sempat melunaskan penggambaran drama 13 episod, Bujang Haji untuk siaran TV Alhijrah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Jika diikutkan, Mama ada tawaran penggambaran lain. Namun, disebabkan PKP, semuanya ditangguhkan," katanya.



Dalam drama Bujang Haji arahan Isqandar Jebat, Norlia berlakon bersama artis senior lain seperti Rosnah Mat Aris, Kartina Aziz dan Jalil Hamid. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 19-1-2021 10:11 AM
yes mama! iols suka mama berlakon! btw abaikan jer twitter account tu. mama lawa kottt. now dah berusia pun masih cantik.
Quote chandrahusin 19-1-2021 10:14 AM
Mesti bbnu tak pnh tgk Norlia Ramli belakon zaman P Ramlee
Dlm ramai2 acik2 yg belakon aku mmg boleh layan Norlia Ghani ni, secukup rasa lakonan dia, tak yah over sedih
Quote asma87 19-1-2021 10:23 AM
Anak dia pon pandai berlakon n awet muda
Quote lattehazelnut 19-1-2021 10:40 AM
Yang kutuk tu biasanye dua x lima je..
Quote TabletSusu 19-1-2021 10:47 AM
chandrahusin replied at 19-1-2021 02:14 AM
Mesti bbnu tak pnh tgk Norlia Ramli belakon zaman P Ramlee
Dlm ramai2 acik2 yg belakon aku mmg bole ...

Chan,

maksud ko, dia berlakon dlm filem P. Ramlee ke?
Citer apa?
Quote NazRysha 19-1-2021 10:52 AM
tp kalau tengok budak pompuan zaman sekarang
umur muda lg tp badan bukan main kembang
anak satu tp badan mengembang
mengalahkan org anak 5 badan solid elok ja
faktor pemakanan kot?
Quote exclusive_vvip 19-1-2021 10:59 AM
penah terjumpa Norlia ghani ni 2-3 tahun lepas...kagum tgk kulit dia..halus je..
Quote chandrahusin 19-1-2021 11:02 AM
TabletSusu replied at 19-1-2021 10:47 AM
Chan,

maksud ko, dia berlakon dlm filem P. Ramlee ke?

Anak Bapak chuols
Kemain acik Norlia stylo milo masa tu
Quote exclusive_vvip 19-1-2021 11:03 AM
NazRysha replied at 19-1-2021 10:52 AM
tp kalau tengok budak pompuan zaman sekarang
umur muda lg tp badan bukan main kembang
anak satu tp ...

bukan anak 1 je..yg blom kawen, masih kat uni pun dah mengembang..ye la tu, faktor pemakanan..makanan skrg memacam..
Quote She-Ra 19-1-2021 11:03 AM
yg duk membahan tu mesti tak kenal siapa dia di zaman kegemilangan/remaja kan
mesti tak kenal anak dia bergelar pendekar (spektra) yg hot jgk tu kan???

haa apabila remajapurba bersuara
Quote TabletSusu 19-1-2021 11:06 AM
chandrahusin replied at 19-1-2021 03:02 AM
Anak Bapak chuols
Kemain acik Norlia stylo milo masa tu

Anak Bapak? ko biar betul

Ruminah Sidek aka mak mah aka mak Adlin Aman Ramli adalah dlm Anak Bapak tu

ke ada mama Norlia ni? watak apa?
Quote misc 19-1-2021 11:07 AM
Dulu dia hot tau masa muda2 pakai hot pants atau bikini tapi mcm 2 piece. Aku tgk magazine hitam putih kat rumah nenek aku. Jgn tanya magazine apa.
Quote KIM.K 19-1-2021 11:08 AM
Dak twidder ni memang pekat sikit
Antara KK dgn mama Norlia siapa agak2 gi buat surgery
Quote Themilo 19-1-2021 11:10 AM
kalau bawah arahan rashid sibir, mama norlia mesti jadi watak mak-mak sedih.. kekadang sampai bertakung air mata meols.. last sekali tengok cerita time raya, fizo jadi anak mama.. tapi fizo ni kacang lupakan kulit, lebih utamakan bini dari mak.. meleleh air  mata oooiii...
Quote Mawar91 19-1-2021 11:10 AM
Edited by Mawar91 at 19-1-2021 03:39 PM
TabletSusu replied at 19-1-2021 11:06 AM
Anak Bapak? ko biar betul

Ruminah Sidek aka mak mah aka mak Adlin Aman Ramli adalah dlm Anak Ba ...


X silap meols cite Kancha Tirana ade Norlia Ghani berlakon..jadi Cempaka ke Kenanga nmenye meols lupe..anak ketua kg
Quote tagas 19-1-2021 11:12 AM
Lejen kutub utara kutub selatan
Quote cepheid 19-1-2021 11:13 AM
Norlia Ghani ni berlakon dalam movie Sikit Punya Gila dengan Harun Ar Rasyid dulu. Pakai swimming suit masa berkelah di pantai.
Quote TabletSusu 19-1-2021 11:13 AM
Mawar91 replied at 19-1-2021 03:10 AM
X silap meols Cite kanca Tirana ade Norlia Ghani berlakon..jadi Cempaka ke Kenanga..anak ketua k ...

ye betul.. Kanchan Tirana
Quote prizadane 19-1-2021 11:14 AM
TabletSusu replied at 19-1-2021 11:06 AM
Anak Bapak? ko biar betul

Ruminah Sidek aka mak mah aka mak Adlin Aman Ramli adalah dlm Anak Ba ...

yang aku tahu Norlia Ghani berlakon Kanchan Tirana. Anak Bapak Ruminah Sidek yang berlakon. Maybe dia confused kot between both.

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058292 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top