CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Turki Cipta Aplikasi "BiP", Minta Rakyatnya Tinggalkan WhatsApp

19-1-2021 12:45 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3411| Komen: 19


Kredit : ib trends



Kerajaan Turki telah meminta rakyatnya untuk berhenti menggunakan WhatsApp dan mengganti dengan aplikasi buatan tempatan. Desakan ini muncul setelah pembaharuan dalam persyaratan layanan baru WhatsApp muncul baru-baru ini.

Dalam aturan terbaru itu, alternatif yang dibuat terhadap syarat dan perkhidmatan WhatsApp akan berkuat kuasa mulai 8 Februari dan mereka akan membenarkannya berkongsi data dengan syarikat induk Facebook dan anak syarikatnya yang lain. Pengguna harus bersetuju dengan syarat baru agar dapat terus menggunakan aplikasi setelah tarikh akhir.

Hal ini membuat ketua Pejabat Transformasi Digital Presiden Turki, Ali Taha Koc mengkritik syarat perkhidmatan baru WhatsApp dan pengecualian dari peraturan perkongsian data baru untuk pengguna di United Kingdom dan Kesatuan Eropah. Beliau turut menyarankan warga Turki menggunakan aplikasi tempatan seperti BiP dan Dedi.


" Perbezaan antara negara anggota EU dan negara lain dalam hal privasi data tidak dapat diterima! Seperti yang telah kami sebutkan dalam Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Komunikasi, aplikasi asal asing menanggung risiko yang besar mengenai keselamatan data, "

" Itulah sebabnya kami perlu melindungi data digital kami dengan perisian tempatan dan nasional dan mengembangkannya sesuai dengan keperluan kami. Jangan lupa bahawa data Turki akan tinggal di Turki berkat penyelesaian tempatan dan nasional. " tulis Koc dalam tweetnya.

Usai tersebarnya status dari twitter peribadinya, media sosial Turki mula menggunakan  tanda pagar #deletewhatsApp. Jumlah muat naik aplikasi chatting lokal Turki pun mula melonjak dan cukup memberasangkan.



BiP yang dimiliki syarikat gergasi telekomunikasi Turki, Turkcell mendapatkan 1,12 juta penguna dalam 24 jam dan memiliki 53 juta pengguna secara global, menurut data Turkcell. BiP sendiri telah tersedia di 192 negara.

Pada bulan November lalu, Turki mendenda syarikat media sosial global, termasuk Facebook, Twitter dan Instagram, masing-masing 10 juta lira ($ 1,18 juta) kerana tidak mematuhi undang-undang media sosial yang baru. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 19-1-2021 12:47 PM
App dia mcm whatsapp lah ek
Quote bubuk_bearbear 19-1-2021 12:49 PM
chinta89 replied at 19-1-2021 12:47 PM
App dia mcm whatsapp lah ek



ya.. boleh buat group sampai 1000 orang.


Quote plasterhati 19-1-2021 12:51 PM
Meanwhile in malaysia, pkl 5 pagi pn WhatsApp dh start berkukuk meraung pasal kerja
Quote plasterhati 19-1-2021 12:52 PM
Meanwhile in malaysia, pkl 5 pagi pn WhatsApp dh start berkukuk meraung pasal kerja

Lepas tu bila agaknya boleh lupuska pemggunaan wasap kt malaysia
Quote wnwa05 19-1-2021 12:53 PM
aku dah install..memang terbaik tapi bila search contact yang dah install baru 4 orang.. ayuh support apps muslim
Quote sarah82 19-1-2021 01:09 PM
aku skrg dah download signal..dan once x leh guna wasap aku nak download bip pulak
Quote sarah82 19-1-2021 01:10 PM
wnwa05 replied at 19-1-2021 12:53 PM
aku dah install..memang terbaik tapi bila search contact yang dah install baru 4 orang.. ayuh suppor ...

Ok.. Aku menyahut cabaran baca komen ang.. Dan2 download..
Quote rocksteady 19-1-2021 01:10 PM
sarah82 replied at 19-1-2021 01:09 PM
aku skrg dah download signal..dan once x leh guna wasap aku nak download bip pulak


signal mana punya.ntah2 2x5 wsap. baik la support muslim product






Quote sarah82 19-1-2021 01:13 PM
rocksteady replied at 19-1-2021 01:10 PM
signal mana punya.ntah2 2x5 wsap. baik la support muslim product

Aku baru download bip.. Signal pulak.. Tak ada contact aku yg guna lagi..
Quote TravellingBear 19-1-2021 01:13 PM
plasterhati replied at 19-1-2021 12:51 PM
Meanwhile in malaysia, pkl 5 pagi pn WhatsApp dh start berkukuk meraung pasal kerja

medium je. attitude consumer sama je. Kalau pakai BiP tetap berkokok 5 pagi jugak hahahaha
Quote CiliPadiSedap 19-1-2021 02:09 PM
whatsapp ni xsuka sbb storage dia je. tak boleh direct ke external. hmm
Quote GincuPurple 19-1-2021 10:58 PM
rocksteady replied at 19-1-2021 05:10 AM
signal mana punya.ntah2 2x5 wsap. baik la support muslim product

Founder Signal ni dulu partner dgn founder whatsapp..pastu ntah apa jadi, dia blah pastu buat Signal. Hmmmm....
Quote rocksteady 19-1-2021 11:23 PM
GincuPurple replied at 19-1-2021 10:58 PM
Founder Signal ni dulu partner dgn founder whatsapp..pastu ntah apa jadi, dia blah pastu buat Sign ...


lah yeke.ntah2 satu kepala acah2 gaduh.rupanya rebrand

Quote rocksteady 19-1-2021 11:24 PM
sarah82 replied at 19-1-2021 01:13 PM
Aku baru download bip.. Signal pulak.. Tak ada contact aku yg guna lagi..


signal aku tak rasa nak download pun.macam copy whatsapp je lambang pun nak sama. baik Bip ni


Quote tobobon 19-1-2021 11:28 PM
malas dah nak download segala mcm messenger app ni..bukan pakai pun..last2 pakai jugak balik wassap.. especially kalau kerja..yelah mostly boss2 ni semua baby  boomers ...mana nak adapt cepat sgt teknologi baru..
Quote kakikuDibibirmu 19-1-2021 11:37 PM
Dulu afa komik Bip! Seks ngan kucing mesti tahu
Quote sarah82 19-1-2021 11:39 PM
rocksteady replied at 19-1-2021 11:24 PM
signal aku tak rasa nak download pun.macam copy whatsapp je lambang pun nak sama. baik Bip ni

...

Dah download dan daftar
Quote damsel_fiji 19-1-2021 11:41 PM
Rindu nya time zaman2 satu sms harga 20 sen dulu.. takde pening kepala mcm skrg
Quote batmana 19-1-2021 11:42 PM
ptut malaysia pun cipta sndiri apps gnti wasap, terma baru wasap ni buat ramai delete wasap

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.051266 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top