CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Bengang Bayar Yuran Penuh Tapi Hanya ‘Online Class’

19-1-2021 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14790| Komen: 109

Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa membayar yuran penuh persekolahan anaknya Keisha Laila biarpun hanya belajar secara dalam talian.

Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, berharap pihak sekolah mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah yuran kanak-kanak itu yang berjumlah kira-kira RM18,000 setahun.

Nabila turut berpendapat pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan sejak setahun lalu akibat pandemik Covid-19 tidak menarik perhatian anaknya untuk belajar.

Foto: IG

"Saya rasa online class tak berjalan (berkesan) untuk anak-anak kita. Saya bayar yuran penuh dan ia sangat tidak berbaloi.

"Saya ingatkan tahun ini sekolah boleh bertolak ansur dengan kurangkan yuran sebab pelajar kena belajar online lagi tahun ini.


"Rupanya tahun ini pun mereka (pihak sekolah) masih lagi mementingkan diri. Tak masuk akal langsung!" kata menerusi posting di Instagram.

Untuk rekod Keisha mengikuti persekolahan di sebuah sekolah swasta.

Selain itu tambah Nabila, dia berpendapat yuran persekolahan perlu dikurangkan memandangkan pelajar tidak hadir secara fizikal di sekolah.

"Kepada semua ibu bapa, dah sampai masa untuk kita berhenti bayar yuran sekolah kalau tiada siapa pun nak bantu kita selesaikan masalah yang dah spend duit daripada tahun lepas untuk anak-anak kita tapi (hanya untuk) online classes.

"Sekolah pun tutup, bukan ada orang pakai fasiliti cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kita nak kena terus membayar macam ini?

"Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes. Memanglah orang akan cakap tak tahu, belajarlah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu tiada masalah," katanya.



Ujar Nabila lagi dalam situasi masyarakat berdepan masalah ekonomi susulan pandemik Covid-19, pihak sekolah sewajarnya lebih bertimbang rasa dalam soal yuran yang dikenakan.

"Kenapa nak kena bayar yuran penuh? Tak boleh ke sekolah bertolak ansur juga faham situasi kami macam kami faham situasi anda (sekolah) nak kena bayar gaji cikgu? Ini tidak adil untuk kami (ibu bapa dan penjaga).

"Tak boleh nak ikutlah cara begini... tiada ke orang boleh bersuara untuk selesaikan masalah ini?" katanya.

Justeru itu, Nabila dan suami, Mohd Izwan Johar mengambil keputusan untuk mengaplikasikan kaedah home schooling buat anak tunggalnya itu agar tidak ketinggalan dalam bidang akademik.

Malah, pelakon filem Munafik ini juga turut membuka tawaran jika ada dalam kalangan pengikutnya menawarkan perkhidmatan mengajar di rumah (home schooling).

"Saya benci home school tapi saya dah tiada pilihan. Jadi saya dan suami dah buat keputusan untuk panggil cikgu untuk ajar Keisha di rumah, untuk semua subjek.

"Ada sesiapa yang tahu cikgu yang mengajar home school tak? Dah mula risau tengok anak tak sekolah dengan proper sejak daripada tahun lepas," luahnya.



Pendapat yang diluahkan Abil itu turut dipersetujui ramai pengikutnya termasuk beberapa rakan artis seperti Nora Danish, Ning Baizura, Eira Syazira, Datin Eina Azman, Emelda Rosmila dan Balkisyh Semundur Khan. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lula2 19-1-2021 05:05 PM
Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu kena potong jugak. Ni private school
Quote shernazz 19-1-2021 05:13 PM
Lula2 replied at 19-1-2021 05:05 PM
Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu k ...

Mak.aih..
Habis tu balance dah kena potong tu utk.apa?
Gila lah..
Kesiannya cikgu private
Quote airmineral 19-1-2021 05:19 PM
Lula2: Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu kena potong jugak. Ni private school


abes duit tu pegi mane plk..
Quote merrissa 19-1-2021 05:39 PM
airmineral replied at 19-1-2021 05:19 PM
abes duit tu pegi mane plk..

masuk poket big bos kot
Quote TomyamPuteh 19-1-2021 05:46 PM
Klau yg bising tu parents private school OK la.Diorg byr. Ni yg terlebih bising ni sklh gomen. Parents nk byr singgit pon bising
Quote inspektoremos21 19-1-2021 06:16 PM
Keisha ni private school kan.. but atleast nabila nak cikgu dtg rumah mengajar anak dia. Bukan mcm si sohai sogay tu
Quote salmon-suki 19-1-2021 06:19 PM
Aah..tmpt ai potong fee,potong gaji jgk..kekeke~

Mmg terseksa tp nk bt mcm mana..y private school bt mcm tu,better cri tmpt lain laa..

Nak homeschool,mtk AssAss ajarkn..hihihi~
Quote miznora 19-1-2021 06:20 PM
Tp kak kekupu.. Time2 covid ni usah la bg org luar masuk umah pulak. Ckgu luar kluar masuk umah pun bahaya juga. Ntah ckgu2 ni pun dr mana sana sini. Tp ni pendapat i je. Tau u tak baca hihihi
Quote salmon-suki 19-1-2021 06:21 PM
Lula2 replied at 19-1-2021 05:05 PM
Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu k ...

Yep..ada je gtu .y lebih tu masuk kt org atas ler..sme mcm company ai ni..staff gaji potong byk giler..tp tgk anak2 bos kemain bercikcur mkn steak sana sini..

Bos sendiri pn xkurg jgk yee..even mkn sendiri pn dorg claim atas nama company expenses..keji kan..
Quote bambimo 19-1-2021 06:29 PM
Napa x panggil mosus mengajar
Dia terrer homeschooling



Quote SayaSayangMama 19-1-2021 06:35 PM
Iols pun bengang klu mcm tu. Mukur tadika bukak tahun ni. Beribu habis kt anak xkn nk online je kan. Paham perasaan dia. Tp yg merempan skrg ni anak sekolah gomen bising betul. Free kot sekolah kerajaan. Yuran yg kena byr tu xdpt tampung pun anak ko sbnarnya.
Quote depresio 19-1-2021 06:40 PM
Ko ada pilihan utk tak yah sambung persekolah kat situ

Quote emera 19-1-2021 06:44 PM
Lula2 replied at 19-1-2021 05:05 PM
Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu k ...

Tau tak sekolah mana?
Quote Burong_Hantuk 19-1-2021 06:45 PM
Dedua beranak bimbo
Quote tom2 19-1-2021 06:55 PM
Lula2 replied at 19-1-2021 05:05 PM
Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu k ...

Bukan cikgu private je. Lecturer private tu pon sama kena potong. Padahal student bayar sama je. Pastu banyak student daftar.. semoga dilaknat orang yang menipu dan amek kesempatan
Quote aemon 19-1-2021 07:08 PM
ex boss i paksa ex colleague i buat online class.4 hours at school another 4 hours by online class.parents and teachrs marah sbb yuran still mahal.tadika islamik ye...bile kawan suarakan dia ckp nk buat mcm mana,hidup perlu diteruskan.i dgr thanks god i dah x kerja situ.selfish much.

boss ape tau..tau main basikal je.tgk sikit la keadaan skolah tu.jgn nk kejar duit + jual agama je utk produk u.jimat byk kot bil api air semua x jln masa student adn teachers wfh.
Quote aemon 19-1-2021 07:10 PM
salmon-suki replied at 19-1-2021 06:21 PM
Yep..ada je gtu .y lebih tu masuk kt org atas ler..sme mcm company ai ni..staff gaji potong byk gi ...

memang celakakan bos gini.i x tau ex boss i pon peel gini.bila dorang cerita bru tau.duit skola bli brg peribadi.keta peribadi.
Quote zuri154 19-1-2021 07:31 PM
sokong abil. anak iols dua2 skolah private. darjah 3 & 5. byr penuh jugak. iols bole rasa apa yg abil rasa. penyampaian online takkan sama dgn bersemuka. nak2 mcm matematik. susah nk faham. semoga skolah buka mcm biasa.
Quote asfaz 19-1-2021 07:49 PM
salmon-suki replied at 19-1-2021 06:19 PM
Aah..tmpt ai potong fee,potong gaji jgk..kekeke~

Mmg terseksa tp nk bt mcm mana..y private school ...

upah cheesekut cukup la tu yinna dan laki dia.hahahahha

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.052980 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top