Tindakan pelakon dan pengacara Zoey Rahman sujud syukur selepas melihat papan iklan billboard produknya, Mikaseries dipasang di lebuh raya baru-baru mengundang kecamanan warganet.
Ditambah pula apabila dalam hantaran dimuat naik itu, Zoey menyatakan susah jumpa papan iklan produk lokal di lokasi sama. Menjelaskan perkara itu, Zoey berkata dia merujuk kepada jenama lokal baharu yang berada di pasaran. "Ramai yang sudah salah faham. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kebanyakan billboard membabitkan produk lokal adalah jenama yang sudah lama dan dikenali ramai. Tapi, untuk jenama baharu macam saya, memang jarang sekali ada. "Disebabkan itu saya berkongsi di media sosial. Saya mahu ia menjadi inspirasi kepada ahli perniagaan baharu atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Supaya selepas ini ada banyak lagi produk lokal yang boleh berjaya.
"Kalau saya boleh dapat dan berjaya mencapai apa yang diusahakan selama ini, kenapa tidak orang lain? Ini yang saya mahu ajak kepada semua. Daripada kita asyik mencari salah orang dan mengata yang bukan-bukan, apa kata untuk kali ini kita buka mata dan melihat dari sudut positif," katanya. Mengenai sujud syukur yang dibuat, Zoey berkata tidak ada apa yang salah di atas perbuatannya itu.
|
Tidak ada istilah nak riak atau menunjuk. Nanti kalau saya tak kongsi, orang akan tanya pula kenapa tak buat macam orang lain. Apabila kongsi, kena kutuk pula. Apa pun, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan
pxlbb replied at 20-1-2021 06:49 AM
sujud syukur
ngaji quran
bapak hanger
Boomibulat replied at 20-1-2021 10:35 AM
Ni cara salah..
kelapaparut replied at 20-1-2021 01:10 PM
btul la tu ape yg salahnye sujud tu..lainlah depannye tibe2 ade patung dewa gajah yg ade beratus t ...
ADVERTISEMENT