Sekumpulan pengunjung sebuah parti mengaku tidak tahu akan kewujudan pandemik Covid-19 sewaktu mereka diserbu polis. Kumpulan ‘raver’ itu mendakwa, mereka tidak pernah menonton berita mengenai wabak berkenaan, lapor Daily Star.
Menurut pasukan polis Hampshire Constabulary, mereka bagaikan hilang kata-kata dengan jawapan kumpulan berkenan yang tidak tahu mengenai Covid-19. Parti itu diadakan di sebuah kediaman di Guernsey Close, Basingstoke pada 16 Januari lalu. Ketika ini, pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir memaksa pihak berkuasa membuat kawalan ketat, termasuklah menghalang penganjuran parti. Dalam serbuan itu, pihak polis turut memberi nasihat kepada mereka mengenai situasi terkini. Siasatan masih lagi dijalanlankan dan individu terlibat akan diberikan saman, kata pihak polis lagi.
Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT