|
Penyanyi popular dari Indonesia, Aura Kasih, 33, mendakwa jangkitan koronavirus membuatkan berat badannya naik mendadak, lapor portal Suara.com. Aura yang dijangkiti wabak maut itu pada Disember tahun lalu memberitahu selera makannya bertambah sebaik sahaja sembuh daripada Covid-19.
“Sejak dijangkit Covid-19, nafsu makan naik lima kali ganda. Dalam masa sebulan, berat badan saya naik 5 kilogram,” tulisnya di laman Instagram. Selain Aura, anak perempuannya, Arabella, 2, turut menjadi mangsa Covid-19 namun sudah sembuh sepenuhnya. Tambah Aura, dia melihat dugaan itu sebagai tanda Tuhan mahu menegur kehidupannya dan mengakui banyak belajar perkara baharu semasa menjadi pesakit Covid-19.
Sumber: Kosmo |
Daftpunk_shine replied at 20-1-2021 01:37 PM
Berat badan naik. Kepoh satu dunia. Bila tanya berapa? 55kg..60kg..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.036656 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.