|
Bakal pengantin perempuan maut akibat tersepit lif dalam satu kejadian di Tanjung Morawa, Sumatera Utara kelmarin. Lapor Tribunnews, mangsa yang dikenal pasti sebagai Widia Wati, 24, tersepit lif di tempat kerjanya di sebuah bilik pameran motor di Tanjung Morawa. Ketua Kampung Tanjung Baru yang merupakan tempat tinggal Widia, Azman Ginting memaklumkan bahawa wanita itu bakal bernikah pada 30 Januari ini. Katanya, keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kematian Widia dan sudah dibawa ke hospital untuk menuntut jenazah. Sementara itu, bakal suami Widia, Sandri Sinaga melahirkan rasa sedih berhubung kejadian yang menimpa bakal isterinya.
Sumber: Utusan |

jalfa replied at 20-1-2021 09:13 AM
Kesianya..cantik plak tu..ni yang aku tàkut naik lift..kalo nak naik lift mesti aku tunggu orang na ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.067561 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.