Pelakon, Faezah Elai berkongsi keadaan terkini wajah polosnya tanpa mengenakan sebarang alat solek. Menurut Faezah, perkongsian tersebut dibuat selepas dia berasa amat kesal dengan tanggapan segelintir pihak yang sewenang-wenangnya mempertikaikan kredibilitinya sebagai seorang pengusaha produk kecantikkan. “Ni cheq tunjuk my real skin ni takdak apa pon, filter ka makeup ka bedak ka. The reason i share this photo is because i saw a comment about me yang cakap Faezah’s skin terok pakai makeup tebai, lepaihtu juai product. Haa ni tengakk sendiri,” tulisnya. Menerusi perkongsian di laman Instagram, Faezah memaklumkan parut yang pada wajah seseorang tidak akan pernah hilang tetapi ia boleh dirawat bagi tidak kelihatan ketara. Dalam pada itu, Faezah turut mendedahkan produknya itu bukan berlandaskan multi-level marketing dan dia juga tidak memerlukan stokis untuk memperluaskan lagi perniagaannya. Sumber: Media Hiburan |
MontanaHannah replied at 19-1-2021 11:37 PM
kulit wajah dia mcm jalan berlopak disuatu masa dulu.
sekarang xelok,cantik ..Alhamdulillah
ADVERTISEMENT