CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jantung Makin Pulih Tapi Bob Lokman Tak Boleh Bergegar

20-1-2021 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2132| Komen: 3

Meski keadaan kesihatan jantungnya semakin pulih dan membaik, pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman mengakui dia perlu sentiasa berhati- hati serta berwaspada.

Kata lelaki berusia 56 tahun ini, dia tidak boleh terlalu aktif termasuk belum dibenarkan lagi melakukan aktiviti sukan kesukaannya iaitu 'snorkeling'.

Menurut Bob, walaupun doktor memaklumkan keadaan jantungnya makin pulih, tetapi ada banyak perkara pelu diambil kira dan dielakkan seperti menunggang motosikal yang bergegar.


Kredit foto: Harian Metro

"Begitu juga, telefon tidak boleh terlalu dekat dengan saya kerana gegaran bunyi yang ada akan mengganggu jantung. Pendek kata apa-apa sahaja yang boleh sebabkan gegaran kuat, saya kena jauhkan.


"Bagaimanapun, setakat ini saya bersyukur keadaan kesihatan beransur pulih. Malah, jika saya tidur jam 9 malam dan bangun pula jam 4 pagi, badan rasa sangat bertenaga.

"Kalau dahulu, saya tidak larat mungkin disebabkan sistem perjalananan darah dari jantung ke seluruh badan tidak lancar. Jadi, mudah cepat penat," katanya.

Bob yang kini berada di Kedah untuk menjalani pemeriksaan doktor kali keempat di Hospital Sultanah Bahiyah esok berkata, dia sentiasa mengikuti apa yang disarankan pakar perubatan.

"Saya perlu sihat kerana nak mencari rezeki buat keluarga. Setakat ini, Alhamdulillah saya bersyukur Allah sentiasa membantu memberi kesihatan yang semakin baik.

"Apapun, mana yang doktor kata tak boleh buat seperti aktiviti 'snorkeling' yang sangat disukai itu, saya akur sahaja. Bagi saya, sabar dahulu sehingga betul-betul pulih dan sihat," katanya.

Kredit foto: Harian Metro

Berbicara mengenai perkembangan kesihatannya, Bob atau nama sebenar Mohd Hakim Lokman berkata, selepas pembedahan dijalankan pada awal Disember tahun lalu, pergerakan jantung makin stabil dan boleh bernafas dengan baik.

"Doktor kata, sekarang ia sudah berfungsi kira-kira 30 peratus. Bagaimanapun, tak tahu lagi keputusannya untuk pemeriksaan yang baharu ini (esok). Harapnya, semua okay.

"Saya sendiri pun kini makin rasa badan bertenaga dan kalau buat kerja pun bersemangat. Jadi gembira dan positif, banyak membantu tahap kesihatan saya cepat membaik," katanya.

Terdahulu, Bob selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) dengan kos sekitar RM60,000.

Berbicara mengenai penularan Covid-19 yang masih tinggi, Bob berkata, sekarang segalanya kena ikut norma baharu kehidupan termasuk membiasakan diri dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, untuk keselamatan kita semua daripada dijangkiti pandemik berbahaya itu perlu patuh dengan segala arahan dikeluarkan kerajaan. Semoga kita senua tabah hadapi ujjan daripada Allah ini. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 20-1-2021 08:39 AM
Baru umur 56 rupanya dia ni. Nampak dlm gambar mcm lebih berusia
Quote Zazama 20-1-2021 08:51 AM
Alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan kesembuhan dgn izinNYA.
Quote Supersirap 20-1-2021 11:53 AM
Yang penting jaga kesihatan dan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan apa-apa tugasan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.030826 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top