CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Rehat, Terlalu Penat Tangani Pesakit Covid-19 -Doktor Meninggal Dunia

20-1-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15002| Komen: 170

Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia, kelmarin.

Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.


Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

Foto: FB

"Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

"Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.


"Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak," katanya.

Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

"Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya," katanya.

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jojie 20-1-2021 12:45 AM
Al- fatihah..
thank you doctor!
Quote jalfa 20-1-2021 12:45 AM
Takziah keluarga dr.semoga syurga buat doktor yg berkorban tenaga dan nyawa sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain.
Quote supernaturalee 20-1-2021 12:50 AM
Alfatihah


Sedih dgr berita mcm ni
Risau jgk bila family members pun ada yg kje di hospital




Quote kimsa-ra 20-1-2021 12:51 AM
Takziah. Bersemadilah dgn aman.
Quote ninja boy 20-1-2021 12:59 AM
Rakyat x sayang doctor, jln sana jalan sini virus hinggap kemudian sesakkan hospital, para doctor atau nurse patut lempang 30 das pesakit covid yg baru nak masuk wad
Quote CikYaYaYa 20-1-2021 01:17 AM
Al Fatihah.. Semoga arwah dtempatkan ditempt org yang briman.. Hrp family arwah btabah laa.
Quote rosmahisham 20-1-2021 01:19 AM
Edited by rosmahisham at 20-1-2021 01:21 AM

Sedihnye..alfatihah..salam takziah buat fmly doktor..patut menteri yg kena kes mcm ni.bpk dafi punya pasal la ni.bg org balik Sabah x yah kuarantin..boleh rentas negeri..eiii geramnye!!!
Aku lps pkp 1.0 mmg ade g sabah tp masa tu ade 2 kes je kat tawau n lahad datu kot..kk x de lg masa tu..langkawi pon masa tu x de lg kes sivangga ..terengganu g perhentian pon masa tu x de kes.lps tu sampai skrg iols x jln jauh dah..walopn adek sepupu kesayangan iols 5 org nikah tahun lps n taun ni belah mak n abh.ank2 kwn baek pon ramai kawen taun ni iols lgsung x g.melepas mkn kenduri yg iols tunggu2 kn selama ini..mmg geram sgt dgn covid ni.kalau iols jd family doktor ni mau meroyan dgn menteri2 & kedegilan org mesia.
Quote rosmahisham 20-1-2021 01:23 AM
Semoga syurga tempat mu wahai doktor.
Quote CiliPadiSedap 20-1-2021 01:24 AM
patut perwira cmni di makamkan di makam pahlawan. unsung hero.  kami doakan front liner kebaikan dan doakan keburukan untuk politician gila kuasa
Quote ina_na 20-1-2021 01:24 AM
Al-Fatihah.. Kesian nye.. Doc pergi keletihan.. Yg kat luar tu duk meroyan ckp covid ni mcm selesema je.. X de serius pun.. Konspirasi je..
Quote doubleA 20-1-2021 01:31 AM
Alfatihah. Takziah pada keluarga. Memang nampak keletihan sangat tu. kurang rehat, kurang udara dengan ppe suit lagi. Syukur la iols bukan doktor kkm
Quote chinta89 20-1-2021 01:46 AM
Yg sibuk ke sana sini peduli ape.. Baik rakyat mahupun pemimpin
Quote any42 20-1-2021 02:16 AM
salam takziah. semoga arwah dkurniakan gnjaran syahid di akhirat kelak. Al-Fatihah.
Quote anony-mous 20-1-2021 02:38 AM
ina_na replied at 20-1-2021 01:24 AM
Al-Fatihah.. Kesian nye.. Doc pergi keletihan.. Yg kat luar tu duk meroyan ckp covid ni mcm selesema ...

Xpyh jauh2 tgk dkt kongsi viral. Katanya suruh bukak masjid xpyh pakai mask sbb covid ni xbahaya sgt. Yg kesian is doctor2 ni lah. Sbb nk xnk diaorang kena buat testing. Kalau ada kit mcm preganncy kit tu sng
Quote cmf_premierleag 20-1-2021 02:53 AM
A Fatihah. ......Takziah buat keluarga arwah
serius aku rasa sedih sgt dgr kematian arwah walau tak pernah kenal dgn arwah
hilang nya seorang aset negara
terima kasih atas semua pengorbanan arwah serta semua barisan frontliners.moga diberi kekuatan utk hari2 mendatang
Quote ipanimanz1 20-1-2021 02:55 AM
innalillahiwainnailaihirajiuun...teringat adik iols,frontliner ksihatan nun di negeri bwh bayu...dah stahun xbalik rumah mak...shift 24hr jd rutin dah...mmg exhausted...
Quote pinklepie 20-1-2021 03:12 AM
Innalillahi wainnaa ilaihi raji’un.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘aafihi wa’fu ‘anhu
Quote mbhcsf 20-1-2021 03:44 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

bless him , semoga jariah kudratnya menjadi saksi di sana kelak.


actually , extreme fatigue and  sleep deprivation are very dangerous .

Quote KIM.K 20-1-2021 06:22 AM
Alfatihah..

Ya Allahu doktor muda semalam dah bagi bayangan keadaan frontliner di tahap kritikal. Harap kerqjaan tau malu dan buat lah sesuatu segera

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.126091 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top