Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Ilias menerusi hantaran di laman Instagram membuat pendedahan mengejutkan termasuklah tujuan pembedahan kosmetik yang dibuatnya sebelum ini. Menurut Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Bin Illias, 27, tujuan dia membuat pembedahahan sebelum ini bukanlah kerana mempunyai masalah mahupun inginkan kepuasan kecantikan. Sebaliknya, dia menyatakan pembedahan itu merupakan satu hobi selain gemar membeli belah dan menjual kembali barangan yang tidak dipakainya. Bagaimanapun, pengakuan Safiey itu menimbulkan pelbagai persepsi warganet yang mana rata-rata daripada mereka mengecam dan kecewa dengan tindakan Safiey sebelum ini. Dalam pada itu,mereka turut mendoakan agar Safiey kembali seperti dulu dan berhenti melakukan pembedahan yang boleh memudaratkan tubuh badannya. Sumber: Murai |
ADVERTISEMENT