CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Pulihkan Rumah Tangga Kononnya, RM400,000 Lesap!

20-1-2021 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2827| Komen: 4

Kuala Terengganu - Bukan sahaja rumah tangga tidak dapat diselamatkan seperti dijanjikan, malah seorang wanita turut menanggung kerugian hampir RM400,000 akibat diperdaya individu yang menawarkan perkhidmatan membantu memulihkan pergolakan dalam perkahwinan.


Mangsa berusia 48 tahun hanya menyedari dirinya diperdaya wanita tidak dikenali itu selepas hampir dua tahun melakukan transaksi ke dalam beberapa akaun diberikan, namun masih tidak nampak hasil seperti dijanjikan, bahkan rumah tangganya juga musnah.

Menurut sumber, mangsa tidak mengenali suspek dan hanya diperkenalkan kenalan semasa rumah tangganya sedang bergolak kononnya suspek boleh dijadikan 'orang tengah' yang mampu memulihkan semula hubungannya bersama suami.


Gambar Hiasan


Menurutnya, mangsa difahamkan mula melakukan transaksi bayaran sejak awal Disember 2019 lagi dan berlarutan sehingga tahun ini yang mencecah hampir RM400,000.

Bagaimanapun, katanya, suspek masih meminta wang sehingga tergamak mengugut sekiranya gagal melakukan transaksi seperti diminta.

"Selepas diberi kepercayaan, suspek beberapa kali meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun diberikan kononnya sebagai caj perkhidmatan dan berlarutan sehingga ke hari ini dengan alasan dia hendak membayar hutang.

"Setiap kali mangsa mengelak untuk tidak mahu memasukkan lagi wang, dia akan mengugut untuk menceritakan segalanya kepada keluarga dan bekas suami wanita tersebut.

"Mangsa mula hilang kepercayaan kepada suspek kerana rumah tangganya tidak dapat diselamatkan seperti dijanjikan, selain suspek gagal menunjukkan bukti pembayaran setiap kali diminta.

"Yakin dirinya sudah ditipu, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang pada Sabtu untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian. -CARI

Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namemysoul 19-1-2021 07:13 PM
Huhuhu..

Byknya duit terbang...
Quote R2D2 19-1-2021 07:18 PM
tak ada harapan dpt balik duit
Quote CARI-MRO 20-1-2021 03:36 PM
Kuala Terengganu - Bukan sahaja rumah tangga tidak dapat diselamatkan seperti dijanjikan, malah seorang wanita turut menanggung kerugian hampir RM400,000 akibat diperdaya individu yang menawarkan perkhidmatan membantu memulihkan pergolakan dalam perkahwinan.


Mangsa berusia 48 tahun hanya menyedari dirinya diperdaya wanita tidak dikenali itu selepas hampir dua tahun melakukan transaksi ke dalam beberapa akaun diberikan, namun masih tidak nampak hasil seperti dijanjikan, bahkan rumah tangganya juga musnah.


Menurut sumber, mangsa tidak mengenali suspek dan hanya diperkenalkan kenalan semasa rumah tangganya sedang bergolak kononnya suspek boleh dijadikan 'orang tengah' yang mampu memulihkan semula hubungannya bersama suami.




Gambar Hiasan




Menurutnya, mangsa difahamkan mula melakukan transaksi bayaran sejak awal Disember 2019 lagi dan berlarutan sehingga tahun ini yang mencecah hampir RM400,000.


Bagaimanapun, katanya, suspek masih meminta wang sehingga tergamak mengugut sekiranya gagal melakukan transaksi seperti diminta.


"Selepas diberi kepercayaan, suspek beberapa kali meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun diberikan kononnya sebagai caj perkhidmatan dan berlarutan sehingga ke hari ini dengan alasan dia hendak membayar hutang.


"Setiap kali mangsa mengelak untuk tidak mahu memasukkan lagi wang, dia akan mengugut untuk menceritakan segalanya kepada keluarga dan bekas suami wanita tersebut.


"Mangsa mula hilang kepercayaan kepada suspek kerana rumah tangganya tidak dapat diselamatkan seperti dijanjikan, selain suspek gagal menunjukkan bukti pembayaran setiap kali diminta.


"Yakin dirinya sudah ditipu, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang pada Sabtu untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian. -CARI


Sumber: Sinar Harian
Quote salmon-suki 20-1-2021 06:51 PM
Knp x pegi jmpe kaunselor y bertauliah?ptt laa toklaki bt hal,bini lembam mcm ni..kena plak tipu beratus ribu,mmg angkat kaki laa wehhh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.035852 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top