CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nobita Dan Shizuka Akhirnya Berkahwin, Tapi Tanpa Kehadiran Doraemon?

20-1-2021 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7680| Komen: 42



Tular di media sosial baru-baru ini apabila gambar Nobita dan Shizuka melangsungkan perkahwinan. Gambar itu pastinya mengamit memori bagi mereka yang mengikut rapat siri kartun tersebut.

Gambar yang tular itu adalah sebahagian momen di dalam filem Stand By Me Doraemon 2 yang awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di Jepun pada 7 Ogos 2020, tetapi ditunda kerana gelombang virus korona. Filem ini akhirnya dilancarkan di Jepun pada 20 November 2020.

Berdasarkan treler yang dikeluarkan sejak Oktober 2020, Nobita dilihat akan kembali menemui neneknya, yang meninggal dunia ketika dia masih bayi. Ditemani oleh Doraemon, Nobita memerhatikan dan mengikuti aktiviti neneknya tanpa disedari.


Pada satu ketika, Nobita secara diam-diam mendengar keinginan neneknya yang tersembunyi, iaitu untuk dapat melihat cucunya berkahwin pada masa akan datang.

Nobita juga pergi ke masa depan untuk menyaksikan hari perkahwinannya dengan Shizuka. Namun, pada hari perkahwinan itu, Nobita yang dewasa tiba-tiba melarikan diri.

Namun apa yang menjadi persoalan adalah, adakah Doraemon masih bersama Nobita semasa dia melangsungkan perkahwinan?


Persoalan ini turut ditanya oleh beberapa orang netizen yang lain, mereka yang mengikut rapat siri kartun ini pastinya ingin melihat perkahwinan Nobita dan Shizuka bersama-sama dengan kehadiran Doraeman yang selalu menjadi tempat Nobita meluahkan rasa hatinya.

“Waktu berjalan sangat pantas, walaupun ketika saya masih kecil, hari saya ditemani oleh Nobita. Tahniah atas perkahwinan anda Nobita & Shizuka. Kenapa Doraemon tidak ada?” Tanya salah seorang netizen.

“Doraemon adalah robot dari era cucu Nobita, yang ditugaskan untuk membuat Nobita bahagia. Jadi kebahagiaan Nobita berkahwin dengan Shizuka. Sekiranya Nobita sudah gembira, Doraemon kembali pada abadnya,” jawab salah seorang netizen.


Manakala yang lain pula membalas, “Pasti sedih jika Doraemon tidak ada di hari perkahwinan Nobita.”

Tidak pasti ke mana perginya Doraemon, tetapi jika benar dia kembali ke abadnya dan tidak hadir di hari paling bahagia Nobita, ia pastinya sesuatu yang menyedihkan.

Namun, jawapan itu hanya mampu dijawab jika kita menonton filem Stand By Me Doraemon 2. Mungkin kita akan tahu dimanakah Doreamon atau mungkin dia sebenarnya hadir, tetapi ditugaskan untuk mengambil gambar.

Filem ini masih belum memasuki Malaysia, tetapi akan ditayangkan di negara jiran, Indonesia pada bulan hadapan.




Sumber : TheVocket
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-1-2021 12:41 AM
Edited by dua_chzy at 21-1-2021 12:44 AM

Doraemon tinggalkan Nobita sebab dah ada Shizuka untuk jaga dia. Nobito ni dalam komik dari budak sampai kertu memang jantan tak guna. Sebab tu cucu (ka cicit) dia hantar Doraemon pi zaman silam untuk tengokkan si Nobita di samping jaga dan didik dia untuk jadik insan berguna agar masa depan si cucu (or cicit) tu berubah. Ikutkan Nobita patut menikoh dengan si Jaiko adik Giant tu tapi dia tanak so Doraemon tolong ubah masa depan dia. Si Shizuka tu patutnya menikoh dengan Dakesugi yang pintar, hensem dan cemerlang serba serbi tapi sebab masa depan dah diubah, end up dengan jantan loser.

Sekian, dari fanatik manga Doraemon masa keci2 dulu.

Komik Doraemon ni twisted. If only you know.
Quote kookiechip 21-1-2021 01:08 AM
I menyampah dgn nobita ni sebab dia sangat lembab & lembik. Elok lah nikah dgn jaiko. Biar kena tibai dgn giant selalu {:run
Quote mawardia 21-1-2021 01:17 AM
Nobita kalau doraemon tak didik dia betul2 mungkin dah besar dia jd sohai sogay
Quote cmf_premierleag 21-1-2021 01:19 AM
akak juga harap cucu cicit akak di masa abad ke-22 akan cipta satu robot kucing persis doraemon yg dihantar kpd akak di abad ini utk membantu akak menjalani kehidupan ini dgn alat2 super canggih spt pintu suka hati
dannnn......satu hari nanti akak harap robot itu akan mula muncul dr laci meja solek akak
Quote cmf_premierleag 21-1-2021 01:29 AM
apsal msia x masuk lagi eh? takde distributor nak bawak masuk ke film ni? ngape jepun x jual je kat netflix or amazon prime?
nak fly gi indon bln depan, border tak bukak lagi
few yrs ago, kalo akak nak sgt tgk pelem best2 tp lambat lagi nk masuk msia/spore,  mmg akak fly ke jakarta terus. tp sblm tu kene le tgk schedule tayangan n flight time n rege tiket...slalu aku amik tiket plg murah la..airasia, basic je
pastu gi nonton muvi di bioskop CGV di pacific place
sangat nyaman di situ ya sbb sgt selesa,bersih, and byk tmpt makan
Quote pisangbanana 21-1-2021 01:32 AM
dua_chzy replied at 21-1-2021 12:41 AM
Doraemon tinggalkan Nobita sebab dah ada Shizuka untuk jaga dia. Nobito ni dalam komik dari budak sa ...

Betul ke ni???hahahah lawak la
Quote cmf_premierleag 21-1-2021 01:36 AM
akak baru cekidaut GSC insta, yeahhhh film ni bakal masuk GSC nanti  
ingatkan takde yg nk bawak masuk msia ni
harap pkp will end soon sbb akak nk gi wayang tgk doremon ni
IMG_20210121_013427.jpg
Quote cmf_premierleag 21-1-2021 01:40 AM
akak siap add in my spotify playlist lagu OST doreamon stand by me yg 1st tu
Himawari No Yakusoku Motohiro Hata
walau i kenot understand bhs jepun, tp sgt feel dan tacing ya ms part chorus smpi ending song
goosebump rasanya ms part tu
Quote dua_chzy 21-1-2021 05:40 AM
Edited by dua_chzy at 21-1-2021 05:44 AM
pisangbanana replied at 21-1-2021 01:32 AM
Betul ke ni???hahahah lawak la


Betul la. Ko baca komik Doraemon dari Jilid 1-45 termasuk komik spin off dia, ko tau la. Nobita tu antara watak manga paling annoying bagi ai. Creators dia buat Nobito tu loser gila dari budak sampai la dah kawin Shizuka (dia jadik pemabuk serupa pak dia. Dah la memang suffer low self esteem dari kecik pehtu mangsa buli. Sampai ke kertu dia bawak trauma tu sampai affect mental health. Thus jadik alcoholic. ). Akak salahkan mak Nobita yang toksik yang buat dia jadik bebal gitu.

Btw komik ni takda real ending actually. Pasal Doraemon tinggalkan Nobita tu aiol speku ja ending huntok movie Stand By Me 2 ni. Dalam komik pun Doraemon pernah berpatah arang tinggalkan Nobita tapi dia return juga sebab rasa tanggungjawab yang tinggi kat Doraemon. Si Nobita tu karakteristik dia seropa perangai tipikal manusia sekarang la yang nak suma benda senang tamau susah2 berusaha.
Quote kakakpositifker 21-1-2021 08:28 AM
Alaaaaa kat msia takde keeee
Quote bondeh 21-1-2021 09:04 AM
Sedihnya Doraemon takde dahlah kucing meolls baru meninggal malam tadi...
Quote MoonRise 21-1-2021 09:48 AM
Dalam citer doraemon ni, sis teringin pintu suka hati dia ja.

Senang nak ke sana sini.
Tambah2 time pkp ni.
Kot leh guna untuk balik kampung.
Quote gummiebear 21-1-2021 10:07 AM
Dah lama tinggal cite Doraemon ni. Dalam poster tu Doraemon bergenang air mata tengok akhirnya kawen jugak Nobita dengan Shizuka. Lepas ni Shizuka lah pulak yang jaga Nobita
Quote She-Ra 21-1-2021 10:13 AM
nak mintak pintu sukahati doraemon bolehh??
Quote She-Ra 21-1-2021 10:14 AM
MoonRise replied at 21-1-2021 09:48 AM
Dalam citer doraemon ni, sis teringin pintu suka hati dia ja.

Senang nak ke sana sini.

ehh samaaaaaaaaaaa
jiwa katon sangat kekita ni

beberapa hari ni, mlm2 je mesti layan boomerang channel
memalam buta bantai gelak
Quote kucingitam 21-1-2021 10:31 AM
stand by me part 1 iols menangis hoke..tiber tgk poster part 2.. hmm
bergenang terus
Quote zuuu 21-1-2021 01:18 PM
dua_chzy replied at 21-1-2021 05:40 AM
Betul la. Ko baca komik Doraemon dari Jilid 1-45 termasuk komik spin off dia, ko tau la.  N ...

Ada satu spin off version yg aq penah baca,doreamon jatuh sakit n perlu diprogram semula kalo nk dia sembuh balik tapi kalo buat camtu dia akan hilang memorinya n xde cra nk kekalkan memori dngan teknologi yg ada pada masa depan,cara lain ialah bekukan doreamon sampailah ada cara untuk sembuhkan doreamon jadi nobita merayu kat sewasi n dorami untuk bekukan doreamon sampai ada teknologi yg lebih canggih d masa akan datang wujud...lepas tu nobita berubah terus,dia jadi rajin belajar,baca buku n x buang masa...masuk high school nobita berjaya jadi pelajar terbaik kalahkan dekisugi dapat no satu...dia nk belajar lebih banyak lagi ilmu pengetahuan untuk tolong doreamon,akhirnya dia bjaya mencipta teknologi untuk sembuhkan doreamon...aq lagi suka versi yg ni...
Quote nanies 21-1-2021 01:32 PM
tahniah la nobita
Quote dua_chzy 21-1-2021 01:48 PM
Edited by dua_chzy at 21-1-2021 01:54 PM
zuuu replied at 21-1-2021 01:18 PM
Ada satu spin off version yg aq penah baca,doreamon jatuh sakit n perlu diprogram semula kalo nk d ...


Ni masih karya penulis/pelukis lama atau orang lain? Kan bagus kalau positif gini. Kalau baca komik asal bukan spin off, Nobita tu susah nak suka. Lembam sangat persis Sogei.

Aiol paling benci heol masa Shizuka dengan Dekisugi berpakat nak buat kek birthday seprais untuk dia, tapi oleh sebab dia jeles (dan tak puas hati sebab Shizuka ignore dia plus sedeh sebab Shizuka tak bagi birthday wish), dia mintak alat untuk intai hapa deols buat kat rumah Shizuka. Bila nampak Shizuka ngan Dekisugi hepi2 buat kek, punya dia marah pehtu ngamuk sampai alat tu bergegar (membuat rumah Shizuka bergegar juga pehtu kek yang dah siap dah hias tu jatuh gi lantai). Masa tu punya la jahat Nobita ketawa puas hati sangat kunun dapat kenakan deols. Ujung2 termalu sundri bila Shizuka ngan Dekisugi datang rumah dia bagi kek yg deols bake semula from scratch guna bahan2 yang tinggal. Ending cerita ni, Nobita makan kek tu sambil menangis dan puji sedap.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.180678 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top