CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Sandra Dianne 'Move On', Jual Baju Dan Buku Nota Untuk Saham Akhirat Arwah

21-1-2021 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2793| Komen: 8

Selepas empat bulan berlalu, ibu kepada penyanyi Sandra Dianne mengakui semangatnya kini sudah kembali kuat atas berkat doa daripada ahli keluarga dan peminat arwah anak perempuannya.


Biarpun Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria sudah tiada, namun Syakinah, 45, tetap mahu melakukan sesuatu untuk saham akhirat buat Allahyarham.

Menurut Syakinah yang menetap di Sabah, dia ada menjual baju T dan buku nota di laman sosial dan hasil jualan tersebut disedekahkan kepada pihak tertentu untuk tujuan wakaf.

Kredit foto: mStar


"Alhamdulillah... saya dah move on dan bersyukur sebab ramai orang di sekeliling yang memberi semangat terutama ahli keluarga dan peminat arwah Sandra.


"Berkat doa semua orang. Peminat arwah tidak berhenti tanya khabar dan beri semangat di laman sosial. Ujian ini membuatkan saya lebih dekat dan sentiasa ingat Allah.

"Saya ada buat beberapa perancangan untuk bekalan arwah. Setakat ini, ada menjual baju t shirt dan notebook arwah di laman sosial dan hasil jualan tersebut dibuat sebagai wakaf," katanya kepada mStar.

Syakinah berkongsi perkara tersebut ketika sesi pelancaran video muzik lagu terbaharu arwah anaknya berjudul SANDRA secara maya pada Rabu.

Dalam pada itu, Syakinah turut memuji individu yang membawa watak sebagai Sandra dengan baik sehingga dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir disebabkan terbayang arwah anak perempuannya masih ada.

Syakinah juga mengakui dia berasa terkejut apabila mengetahui Sandra sudah menunaikan hasratnya untuk membawa lagu genre R&B soul yang pertama kali dinyanyikan oleh Allahyarham.

"Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada individu yang membawa watak Sandra dalam video muzik tersebut. Dia berjaya membawa watak arwah dengan baik.

"Lengong badan dan cara dia libas rambut itu seolah-olah memang arwah. Saya tak boleh fokus tempat lain, hanya fokus kepada dia sebab membayangkan arwah masih ada.

"Sebenarnya saya agak terkejut sebab arwah tak pernah nak bawa genre lagu seperti itu. Tapi saya pernah suarakan hasrat untuk arwah bawa lagu genre itu. Tak sangka arwah tunaikan hasrat saya dalam diam," ujarnya.

Kredit foto: IG


Sandra yang juga bekas peserta Big Stage 2020 a meninggal dunia pada 11 September lalu selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Pada 5 September tahun lalu, Allahyarham terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 21-1-2021 01:31 PM
Syukur. Ibunya dah boleh move on.
Quote Lengkong 21-1-2021 04:16 PM
Semoga ibu terus kuat semangat

Quote naina 21-1-2021 04:36 PM
Lawa maknya ponn
Quote TomyamPuteh 21-1-2021 04:47 PM
Huhuhu. Mudanya mak arwah.
Quote Fafaaisa 21-1-2021 05:40 PM
Lawa maknya
Quote missHaidiD 21-1-2021 05:42 PM
Muda maknya
Quote missHaidiD 21-1-2021 05:43 PM
Hnya yg pernah hilang ank je tau cmana sakitnya kan.  
Quote Acikgomen 22-1-2021 12:22 AM
Acik bukan nak kecam dia sedih anak mati ke apa
Masalahnye anak dia tuh retis hangat dipasaran sangat ke sampai semua benda nak bgtau socmed
Haishhhhhh acik tak paham kenapa limelight kisah retis bbnu ni mati eksiden mcm tegempar gile sampai tak abis2 citer bbnu neh je kuar

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.086466 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top