CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tak Mahu Anak, Punca Ben Affleck Dengan Ana De Armas Berpisah

21-1-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7762| Komen: 27

Selepas berita hubungan cinta pelakon Ben Affleck dengan Ana De Armas berakhir baru-baru, pelbagai spekukasi yang timbul berhubung punca perpisahan pasangan tersebut.

Memetik laporan Hollywoodlife, pasangan tersebut dikatakan mengambil keputusan untuk berpisah disebabkan perbezaan pendapat mengenai memulakan kehidupan berkeluarga bersama.

Difahamkan, Ben Affleck enggan mempunyai komitmen untuk menambahkan cahaya mata manakala bekas kekasihnya mahu mempunyai sebuah keluarga sendiri.

Foto: Hollywoodlife

"Ben bukan dalam keadaan mahu memulakan sebuah keluarga yang baharu. Mereka mempunyai kerjaya masing-masing. Keluarga Ben yang sedia ada sudah menjadi keutamaanya," kata sumber.

Ben Affleck mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Violet, 15, Seraphina, 12 dan Samuel yang kini berusia lapan tahun menerusi perkahwinannya bersama bekas isteri iaitu pelakon Jennifer Garner. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 21-1-2021 09:35 AM
Lawa gile si ana ni.. Elok la ngn org lain.
Muda lg. Ben pn dah ank3 of course die xnk dah..
Quote friedfishsoup 21-1-2021 09:38 AM
Salah bod tu wartawan. Move kat bod gossip antarabangsa
Quote bondeh 21-1-2021 09:42 AM
Ana nih comel cantik... kesian dah lah makjan gak sebelum dgn pacik Ben nih... tengok Ana nih elok je layan anak2 Ben tapi mesti anak sulung dia Violet muka ketat bila paparazzi snap... si Seraphina & Samuel siap bergelak ketawa gambar dgn Ana...
Quote Trumpettt 21-1-2021 09:45 AM
Adakah mereka kini pelakon slot samarinda?
Quote mamajawie 21-1-2021 10:50 AM
Trumpettt replied at 21-1-2021 09:45 AM
Adakah mereka kini pelakon slot samarinda?

bahahahahhahaha..jibaker bleh lak dorang berlakon slot samarinda ehhhh..tergelak aku baca komen ko ni..
Quote lavendernovella 21-1-2021 11:59 AM
Ana ni patut bawak watak autobio marilyn monroe, sheol ada bentuk macam marilyn. Senang sikit mekap department nak dandan.
Quote LadyCarefree 21-1-2021 01:05 PM
Kesian. Tp eloklah ben jujur macam tu
Quote kakakpositifker 21-1-2021 02:01 PM
ana ni elok. muka mcm budak lepasan spm. namun usia nya dah 30an. apalah rahsia beliau selain makan buah, sayur dan bersenam. HAHAHA
Quote Fafaa 21-1-2021 07:33 PM
Karens semua bersorak la takde lagi pic paps walking dog from Ben and Ana.. Tp dlu2 Ana ni couple dgn Edgar Ramirez.. Tak paham dia boleh suka kt Ben ni..
Quote apedehal 30-1-2021 11:17 PM
kakakpositifker replied at 21-1-2021 02:01 PM
ana ni elok. muka mcm budak lepasan spm. namun usia nya dah 30an. apalah rahsia beliau selain makan  ...

My shuben tahun ni nk masuk 50 tp muka awet muda nmpak cam late 20 ja, baya2 iols...diet dia mst include tauhu..suka naw tauhu..tu la kut rahsia awet muda dia..btw ben nmpak kepam
Quote kakakpositifker 31-1-2021 10:25 AM
Belum terlambat buat akak agaknya kalau mencuba diet tahu ni ya? Akak nak ke pasar nanti mencari tauhu. Terima kasih kongsianmu dik. Akak tak kenan sangat Ben ni. Nampak pelik. Ana elok Rupa paras nya.
Quote farhani87 9-2-2021 11:53 PM
Ben afflexk dgn bini baru ni tak kelihatan serasi mcm dia dgn jennifer garner.
Quote annehuda 14-2-2021 11:05 AM
Ana ni bersepah movie bogel die.
Quote rainbowrainz 22-2-2021 02:43 AM
Habis madu sepah dibuang haaa gittew
Quote BarbiePink 22-2-2021 08:43 AM
yes ana ni cantik giless
tak padan sungguh dgn ben kepam ni
plus ben ni pun mana reti
nak jaga baik his soulmate
muka je mcm mamat insen
Quote adelea 22-2-2021 07:24 PM
missyL replied at 21-1-2021 09:35 AM
Lawa gile si ana ni.. Elok la ngn org lain.
Muda lg. Ben pn dah ank3 of course die xnk dah..

yes ... byk laki pelakon yg suasia beliau and masih bujang .. yg sparing knives out tu pon tercari cari pompuan yg dia boleh buat bini and beranak ...  hihihi sesuai dah sama sama comey
Quote adelea 22-2-2021 07:25 PM
annehuda replied at 14-2-2021 11:05 AM
Ana ni bersepah movie bogel die.

phh ye ke ... macam geli la pulak
tapi dia lawa kot .. muka exotic habis
Quote bankerpencen 22-2-2021 07:28 PM
annehuda replied at 14-2-2021 11:05 AM
Ana ni bersepah movie bogel die.

Ana ni very tasty pada mata iols. Lengkap pakej. Berlakon pun hebat
Quote missyL 22-2-2021 10:21 PM
adelea replied at 22-2-2021 07:24 PM
yes ... byk laki pelakon yg suasia beliau and masih bujang .. yg sparing knives out tu pon tercari ...

Sape u.
Chris evan ke..

Ana ni mmg lawa btol...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.069456 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top