CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Di Surau Demi Besarkan Enam Anak

21-1-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5128| Komen: 42

Jempol: "Pendapatan bulanan saya hanyalah sekitar RM800. Sukar untuk saya menyediakan kelengkapan untuk tiga anak yang bersekolah," ujar ibu tunggal, Norlida Md Kussin, 37 dari FELDA Lui Selatan Satu dekat sini.


Menurutnya, dia berusaha sedaya upaya membelikan kelengkapan terbaik untuk tiga anaknya masing - masing belajar di tahap pra sekolah, tahun tiga dan lima di Sekolah Kebangsaan ( SK) Lui Selatan di sini.

Katanya, pendapatan bulanan diterima sebagai tukang jahit di sebuah kilang menjahit pakaian hanya mencukupi bagi keperluan mereka empat beranak.

"Namun saya bersyukur ada pihak yang bersimpati dan menghulurkan bantuan bagi membolehkan anak saya bersekolah seperti kanak-kanak lain," katanya selepas menerima bantuan kembali ke sekolah bernilai RM100 seorang menerusi sumbangan peribadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir.


Foto: Harian Metro


Seramai 119 golongan kurang berkemampuan menerima bantuan itu pada majlis penyerahan sumbangan di FELDA Lui Selatan di sini semalam.

Sementara itu, ibu tunggal enam anak, Norimah Rasid, 40, berkata, dia bersyukur menerima sumbangan itu selain bantuan bulanan disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitumal.

"Jika tiada bantuan seperti ini, sukar untuk saya membesarkan enam anak yang masih bersekolah.

"Saya kini tinggal menumpang di sebuah surau dengan kebenaran pengurusan tanah rancangan FELDA selain dibantu adik beradik lain, " katanya.

Sementara itu Pegawai Khas kepada Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Klawang Norazizi Abd Aziz berkata, sebanyak RM11,900 disumbangkan Bakri bagi melaksanakan program kembali ke sekolah berkenaan.

"Sumbangan membabit pakaian serta beg sekolah bagi murid sekolah. Biarpun sesi persekolahan secara bersemuka belum diputuskan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) kita tetap komited membantu mereka yang memerlukan, "katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 20-1-2021 10:18 PM
laki mana

seblum ni dok mane
Quote anony-mous 20-1-2021 11:15 PM
Klau sohai ina byk ni, hrap terjun bangunan la. Malu woi ibu tunggal ank susun paku pon xputus ada bg ank2 pelajaran.
Quote Minami2013 20-1-2021 11:19 PM
Moga dipermudahkan... kesian kena jaga 6 anak sorang2..
Quote gigahertz 20-1-2021 11:55 PM
tagas replied at 20-1-2021 02:18 PM
laki mana

seblum ni dok mane

laki dia lari la. nak suap 7 mulut kot.
tapi bagi i lagi baik dia gitu.
daripada laki ada sebelah.
tapi tahi dadah / tahi judi.

Quote GigaMom 21-1-2021 12:52 AM
Harap anak2 ni besar berjaya x lupa jasa ibu
Quote jargon 21-1-2021 01:28 AM
Penting utk pompuan pilih2 sikit bakal laki,tgk background family laki tu..klau laki tu buat hal,cerai,mati ke ape..make sure family laki tu esp atok/pakcik boleh sara ank buah..tp sbg pompuan kau jgn galak sgt beranak rmai..dan make sure family bKal laki kau org senang..jgn main sauk je...cth nd,kene cerai,ex fil kasi rumah sebijik nama cucu/nama nd xsure..kang kat situ dah trjamin..jd pompuan jgn bodoh
Quote kakikuDibibirmu 21-1-2021 01:31 AM
Andartu tersenyum sinis
Quote dudaberhias 21-1-2021 01:42 AM
kesiannya... tapi sampai 6 anak biar betul...
why kurang awareness pasal anak2 ni yach...

orang kaya pun jarang2 ada 6 anak... koman2 tiga je atau dua...

tapi at the same time populasi amat penting nak2 di sabah dan sarawak...
itu lah yang mengembangkan ekonomi sampai korea pun sanggup belanja untuk rakyat dapatkan anak... jepun next...
Quote carly_lah 21-1-2021 01:43 AM
moga dipermudahkan urusan ibu ni... bukan senang nak besarkan anak2 dengan keadaan sekarang, tp percayalah... akan ada sinar kemudian hari... amin
Quote True-X 21-1-2021 06:28 AM
bantuan rm100 sorang pon kene buat majlis ade banner bagai?
Quote -electrifying- 21-1-2021 07:07 AM
True-X replied at 21-1-2021 06:28 AM
bantuan rm100 sorang pon kene buat majlis ade banner bagai?

keharusan, nnti org ramai tak tahu
Quote underground 21-1-2021 07:38 AM
kalau dah camni ajk surau dan masjid wajib bantu dulu segera.

then baitulmal atau zakat.

jangan sampai gereja bantu..

owh menteri dan yb dah boleh campak ke sungai.
Quote Lengkong 21-1-2021 08:00 AM
Semoga dipermudahkan urusan ibu dan anak2

Quote CARI-MRO 21-1-2021 09:37 AM
Jempol: "endapatan bulanan saya hanyalah sekitar RM800. Sukar untuk saya menyediakan kelengkapan untuk tiga anak yang bersekolah," ujar ibu tunggal, Norlida Md Kussin, 37 dari FELDA Lui Selatan Satu dekat sini.


Menurutnya, dia berusaha sedaya upaya membelikan kelengkapan terbaik untuk tiga anaknya masing - masing belajar di tahap pra sekolah, tahun tiga dan lima di Sekolah Kebangsaan ( SK) Lui Selatan di sini.


Katanya, pendapatan bulanan diterima sebagai tukang jahit di sebuah kilang menjahit pakaian hanya mencukupi bagi keperluan mereka empat beranak.


"Namun saya bersyukur ada pihak yang bersimpati dan menghulurkan bantuan bagi membolehkan anak saya bersekolah seperti kanak-kanak lain," katanya selepas menerima bantuan kembali ke sekolah bernilai RM100 seorang menerusi sumbangan peribadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir.




Foto: Harian Metro




Seramai 119 golongan kurang berkemampuan menerima bantuan itu pada majlis penyerahan sumbangan di FELDA Lui Selatan di sini semalam.


Sementara itu, ibu tunggal enam anak, Norimah Rasid, 40, berkata, dia bersyukur menerima sumbangan itu selain bantuan bulanan disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitumal.


"Jika tiada bantuan seperti ini, sukar untuk saya membesarkan enam anak yang masih bersekolah.


"Saya kini tinggal menumpang di sebuah surau dengan kebenaran pengurusan tanah rancangan FELDA selain dibantu adik beradik lain, " katanya.


Sementara itu Pegawai Khas kepada Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Klawang Norazizi Abd Aziz berkata, sebanyak RM11,900 disumbangkan Bakri bagi melaksanakan program kembali ke sekolah berkenaan.


"Sumbangan membabit pakaian serta beg sekolah bagi murid sekolah. Biarpun sesi persekolahan secara bersemuka belum diputuskan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) kita tetap komited membantu mereka yang memerlukan, "katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote monreyes 21-1-2021 12:01 PM
kat kampung kan banyak umah tinggal.. umah makcik aku bagi org duduk free je.. asal tolong kemas semak samun.. air letrik bayor sendiri
Quote Tinot7 21-1-2021 12:07 PM
semoga dipermudahkan urusan
Quote LadyCarefree 21-1-2021 01:10 PM
monreyes: kat kampung kan banyak umah tinggal.. umah makcik aku bagi org duduk free je.. asal tolong kemas semak samun.. air letrik bayor sendiri


Ooo bagus tu. Mudah2an orang hargai dan jaga elok rumah tu
Quote LadyCarefree 21-1-2021 01:11 PM
Kalau dah xmampu, cegahlah dari hamil
Quote namr 21-1-2021 01:11 PM
Sis, stop beranak ok..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.140951 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top