CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stesen Minyak Kantoi Menipu

1-11-2013 05:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16497| Komen: 98



IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.

Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.

Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin.

Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.

“Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd.

“Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.

“Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang
diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih.

9

Bagus
15

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarmatahari 1-11-2013 11:59 AM
kene luaskan penguatkuasaan mcm ni..sepetutnya semua station minyak kene check..mcm menipu..
Quote PostBanhammer 1-11-2013 12:00 PM
Tamaknya kau....
Quote cmf_kunyit 1-11-2013 12:01 PM
tu la, kdg-2 rasa mcm kurang je minyak yg diisi, kita igt floatter yg salah baca..huhu
Quote poyohabis 1-11-2013 12:02 PM
ni kene check betul2 la lps nie..mn tau kan benda2 mcm nie berjangkit2...
Quote azharariff 1-11-2013 12:03 PM
memang busxxxd manusia camni, dah lah rakyat separuh mati mencari duit nak hidup.. bangsat!
Quote reeny 1-11-2013 12:04 PM
sudah la harga minyak mahal, kena pulak tipu mcm nie... sakit hati wooo!!!
Quote nexusys 1-11-2013 12:04 PM
as usual... tak guna punya laporan, BAK MAI LA BAGITAU STESEN MINYAK BREN HAPA... NGOKS! serupa toksah buat laporan...

seolah2 seperti menutuh gadis dibelakang lemari, tetapi mengaku masih SUCHHIIEEE
Quote prettyuglybabe 1-11-2013 12:04 PM
seperti biasa, stesyen minyak mana langsung tak dibagitau
Quote tebuanharimau 1-11-2013 12:06 PM
menipu sbb nk untung lebih mcm ni mmg patut kena hukum
Quote alepmama 1-11-2013 12:06 PM
nexusys posted on 1-11-2013 12:04 PM
as usual... tak guna punya laporan, BAK MAI LA BAGITAU STESEN MINYAK BREN HAPA... NGOKS! serupa toks ...

tengok kaler nya tu mcm esso yg belum tukar petron je
Quote dauswq 1-11-2013 12:08 PM
rasa mcm esso baru nak tukar petron...

biasalah management bertukar tangan...
Quote nexusys 1-11-2013 12:10 PM
alepmama posted on 1-11-2013 12:06 PM
tengok kaler nya tu mcm esso yg belum tukar petron je

aaaa tgk.. kan semua main teka2 dah... tak accurate ler berita nih
Quote kudajantan77 1-11-2013 12:12 PM
mawarmatahari posted on 1-11-2013 11:59 AM
kene luaskan penguatkuasaan mcm ni..sepetutnya semua station minyak kene check..mcm menipu..

luaskan penguatkuasaan??? ... hahahahahahaha ... dah berapa lama tk balik Malaysia dik? ...
Quote Muntz 1-11-2013 12:17 PM
Itu baru hukuman dunia, belum akhirat lagi.

* mode hari Jumaat.
Quote nurfariezza 1-11-2013 12:20 PM
skng ni nk selamat kn pngguna dari kena tipu ke or nk tnjuk hat depa ni wt kje...
klu btol nk tlg pengguna ckp jela stesen minyak ape...xpyh nk blur2 kn...
Quote rdzaccess 1-11-2013 12:21 PM
Kalau pi ngadu dapat duit tak per lah ...
ni tak ....
"kalau dah tau tiada benarnya tempat tu ... pergi jerlah ke lain tempat " begitulah kata mereka ...
Quote vv2005 1-11-2013 12:23 PM
kejar untung-tarak guna punya olang
Quote chaintea 1-11-2013 12:31 PM
uui..manyak busuk punya org
Quote teky 1-11-2013 12:33 PM
mereka yg tertipu moh la sama2 failkan saman terhadap mereka yg menipu ni... bior bankrup dorg nie

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.240310 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top