CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elak Dunia Politik -Anak PM, Najwa Mahiaddin Selesa Jadi Pemuzik

21-1-2021 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7972| Komen: 47

Bersandarkan status dan pangkat bapanya sebagai ahli politik terkenal, Najwa Mahiaddin boleh mengambil ‘jalan singkat’ untuk dikenali dan berjaya dengan mudah. Namun anak seni berusia 35 tahun ini memilih untuk bermula dari bawah dan jauh daripada ‘spotlight’ populariti bapa tersayang. Apatah lagi, kini bapanya merupakan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasssin.


Sepanjang bergelar pemuzik, Najwa dilihat tidak gemar mencampuri urusan politik bapanya. Malah, ketika Tan Sri Muhyiddin masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dia selesa status diri sebagai anak TPM tidak diketahui umum. Mungkin kerana enggan hal tersebut lebih menarik perhatian masyarakat berbanding bakatnya dalam karier muzik.




Nama Najwa mula meniti di bibir peminat sejak dendangan lagu duetnya bersama Malique iaitu Senyum berkumandang di corong stesen radio tanah air sekitar tahun 2010. Dari situ, Njwa semakin aktif mengubah lagu dan menyertai pertandingan nyanyian. Antara lagu popular Njwa termasuk Got to Go, Sweet October dan Sama Saja.

Pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, nama Najwa disebut-sebut ramai kerana menyangka dia yang mencetuskan lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang liriknya diambil daripada bait-bait ucapan Perdana Menteri. Mengakui turut terpikat dengan melodi lagu itu, Najwa bagaimana pun tampil menafikan perkara tersebut. Sebaliknya memperkenalkan akaun Instagram pencipta sebenar lagu itu ialah Bassagents_my.


Foto: IG

Pada 15 Januari lepas, Najwa baru sahaja melancarkan lagu terkini hasil kerjasama dengan pemuzik Cee dan Gangsapura berjudul ‘Togok’. Memang terserlah keunikan suara Najwa dengan lagu berunsurkan muzik klasik gamelan berkenaan.

Tidak pernah selektif dalam membuat persembahan, Najwa dikhabarkan tetap menerima mana-mana pelawaan nyanyian tidak kira berskala kecil mahupun besar. Semuanya kerana rasa cintanya terhadap seni muzik. Lebih membanggakan, dia juga pernah menggondol anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18.



Mengintai latar belakang penyanyi bersuara unik ini, Najwa merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Sebelum ini Najwa pernah mendedahkan bahawa dia tidak datang dari keluarga yang berlatar belakangkan muzik tetapi minat terhadap dunia seni hadir ketika dia mengikuti kelas piano dan muzik sejak kecil.

Najwa mempunyai hubungan baik dengan sesama rakan artis dan salah seorang daripadanya ialah penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna. Kedua-dua mereka pernah berpadu suara dalam sebuah konsert.



Meniti tanggal 26 Mac ini genap enam tahun Najwa bergelar isteri kepada Idris Koh yang merupakan salah seorang ahli muzik yang sering mengiringi Njwa dalam setiap persembahannya. -CARI

Sumber: Nona

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hessa 21-1-2021 10:25 AM
baguslah dia tak terlibat apa2 urusan politik ke komen apa2 ke..kalau tak nanti asyik dikutuk netizen je..low profile mcm skrg lagi bagus org pun tak kacau..keputusan bijak
Quote md_nana 21-1-2021 10:29 AM
Dia ni rasanya antara Artis anak ahli politik yg x menumpang populariti ayah. Sesetengah anak ahli politik suka nak mencapub.
Quote jamilahpropa 21-1-2021 10:29 AM
Ketinggalannya i.. baru tau dia ni anak PM kita {:shy
Quote azimodin 21-1-2021 10:32 AM
Suka dia, suara soothing, x canang bapak orang berpengaruh, x hadap perlantikan politik.. Xmacam yg sorang tu. Belum jadi anak pm dah tunjuk muka merata
Quote lovelytouch 21-1-2021 10:34 AM
Yessss akaq suka attitude najwa ni rendah diri & aliran muzik pun bagus tapi jangan pelik sgt muzik tu dek. Eksperimen sikit2 its ok
Quote CiliPadiSedap 21-1-2021 10:48 AM
azimodin replied at 21-1-2021 10:32 AM
Suka dia, suara soothing, x canang bapak orang berpengaruh, x hadap perlantikan politik.. Xmacam yg  ...

jenis interframe bapak merata je. geli kaka dengar nama dia yach. bapak nak tersadung di mahkamah anak sibuk buat perangai
Quote azimodin 21-1-2021 10:54 AM
CiliPadiSedap replied at 21-1-2021 10:48 AM
jenis interframe bapak merata je. geli kaka dengar nama dia yach. bapak nak tersadung di mah ...

Mmg geli pon. Kalau jenis sedap mata memandang macam anak abang non ok lagi.. Anak abang non pon dah senyap, x dapat nak cuci mata. Xkan nak cuci mata hadap mp pengerang kan?
Quote martiena 21-1-2021 10:57 AM
bagus2.....mcm ni la..jgn jadi mcm yg sorang tu....
x cukup mencapub ...mulut pun ya ampunnnn ......
Quote mamajawie 21-1-2021 10:58 AM
masa awl2 aku xtau dia ni anak yidin sbab letak nama mahiaddin..sdgkan apak dia nama muhyiddin..
Quote chandrahusin 21-1-2021 10:59 AM
Najwa pun tak racist
kawin dgn cina
elok je besan ayah dia
Quote sharlenetexas 21-1-2021 11:05 AM
Raya tahun lepas hari2 duk tayang lagu raya dia yang tak sedap kat tv3. Mentang2 anak pm.
Quote kucingitam 21-1-2021 11:28 AM
bagus dia ni..low profile..mula2 dia keluar dulu mmg tak tau pun apaknya siapa.
tak macam yg sorang lagi tu...masuk court pun nak guna kupon bin....
Quote exclusive_vvip 21-1-2021 11:42 AM
mamajawie replied at 21-1-2021 10:58 AM
masa awl2 aku xtau dia ni anak yidin sbab letak nama mahiaddin..sdgkan apak dia nama muhyiddin..

tu la..dulu I pun konpius..lepas tu baru i terpikir, agaknya masa dia study kat USA, mat2 saleh tu sebut ‘muhyiddin’ bunyi mahiadin..mungkin tu jadi idea najwa..lagipun boleh dia cover sikit, najwa muhyiddin ketara sgt anak muhyiddin yassin..i speku la..hihi
Quote mamajawie 21-1-2021 11:46 AM
exclusive_vvip replied at 21-1-2021 11:42 AM
tu la..dulu I pun konpius..lepas tu baru i terpikir, agaknya masa dia study kat USA, mat2 saleh tu ...

mgkin la kot..tapi nampak dia xnak menumpang populariti apak dia la..

Quote Boomibulat 21-1-2021 12:03 PM
Edited by Boomibulat at 21-1-2021 12:06 PM

Nama sebenar Muhyidin tu Mahiadin ke..mcm Maideen je bunyi
Quote hanezzafirah 21-1-2021 12:34 PM
sharlenetexas replied at 21-1-2021 03:05 AM
Raya tahun lepas hari2 duk tayang lagu raya dia yang tak sedap kat tv3. Mentang2 anak pm.

aku rasa tahun ni pun sama
Quote Thunderclouds 21-1-2021 12:41 PM
Sedap suare die ni. Aman2 jd musician tnpa kait mngait ngn bapak nye.
Quote fahima80 21-1-2021 12:48 PM
mamajawie replied at 21-1-2021 10:58 AM
masa awl2 aku xtau dia ni anak yidin sbab letak nama mahiaddin..sdgkan apak dia nama muhyiddin..

Setau iols pulak memang nama PM kita tu Mahiaddin dalam IC. Mungkin asalnya tulisan jawi, memang Muhyiddin, tapi bila pergi daftar eja jadi Mahiaddin. Sebab masa agong perkenankan pelantikan dia sebagai PM dulu dalam surat istana negara memang tulis Mahiaddin.
Quote sharlenetexas 21-1-2021 12:52 PM
hanezzafirah replied at 21-1-2021 12:34 PM
aku rasa tahun ni pun sama

Lagu got to go tu best. Tapi lagu raya ni try hard sangat. Jangan sheols buat lagi tahun ni.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.048792 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top