Syafiq Kyle tidak bimbang sebaik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Ini kerana dia sudah 'sediakan payung sebelum hujan' dengan bekerja keras megumpul simpanan sebaik lampu hijau diberikan bagi meneruskan penggambaran tahun lalu.
"Alhamdulillah, setakat ini, tiada apa yang terjejas. Saya yakin rakan dalam bidang seni ini juga sama. Ini kerana masing-masing sudah sibuk bekerja sepanjang tahun lalu. Mustahil jika tidak menjana sebarang pendapatan langsung. "Seperti saya, hasil pendapatan tahun lalu digunakan dengan sebaiknya. Sebahagiannya diketepikan untuk tujuan simpanan. Berdasarkan pengalaman tahun lalu, saya dapat mengagak sesuatu akan berlaku, tahun ini. Jadi, saya memang buat persediaan dengan menabung. "Oleh itu, apabila PKP 2.0 dilaksanakan, saya tidaklah terkesan. Lagipun, hanya penggambaran sahaja yang tidak dibenarkan, sebaliknya kerja lain seperti promosi dalam media sosial dan tanggungjawab sebagai duta produk masih berjalan seperti biasa," katanya kepada BH Online.
Pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia tiada bantahan dengan keputusan kerajaan melaksanakan PKP 2.0. Malah, dia meminta rakyat bersabar dan berkorban hingga rantaian COVID-19 dapat diputuskan berikutan angka jangkitan berada pada tahap cukup membimbangkan. - CARI
|
LadyCarefree replied at 21-1-2021 05:03 AM
Baguslah. Nanti kalau ada yg bising minta peruntukan khas retis, tolong bantah ya. Retis pin rakyat ...
ADVERTISEMENT