CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Nafi Saman Pekerja Pasar Raya Tidak Pakai Sarung Tangan

21-1-2021 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2896| Komen: 12



 
Putrajaya: Polis menafikan pihaknya mengeluarkan saman seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Presint 8 di sini kerana tidak memakai sarung tangan ketika bertugas seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Mohd Fadzil Ali berkata, individu itu sebenarnya disaman kerana tidak mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, beliau hanya menasihatkan pekerja yang bertugas di kaunter itu menggunakan sarung tangan kerana berurusan dengan ramai pelanggan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

"Individu terbabit dikenakan saman atas kesalahan tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera serta memeriksa suhu badan ketika bertugas," katanya ketika dihubungi hari ini.


Sebelum ini tular di media sosial dakwaan kononnya seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Presint 8, di sini disaman kerana tidak memakai sarung tangan ketika bertugas.

Dalam klip video berkenaan, Mohd Fadzil dilihat menasihati pekerja itu kerana tidak memakai sarung tangan namun disalah anggap kononnya dikenakan tindakan saman atas kesalahan itu.

Rakaman video dikongsi menerusi Twitter itu turut menarik perhatian Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kemudian menjelaskan tiada SOP bagi pemakaian sarung tangan.

Ismail Sabri menerusi ciapan ringkas di Twitter berkata: "Tiada SOP pakai glove (sarung tangan).

Klip video yang tular itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen dan mendakwa polis tidak faham SOP dikuatkuasakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohd Fadhil berkata, pihaknya kesal kerana video itu disunting dan disebarkan kepada umum seolah-olah memburukkan kredibiliti polis serta tidak menunjukkan kejadian sebenar.

Katanya, video yang tular itu tidak benar dan polis juga tidak mengeluarkan saman atas kesalahan tidak memakai sarung tangan.

"Pekerja wanita itu disaman RM1,000 pada 17 Januari lalu kerana melanggar SOP PKP," katanya.



Sumber : HarianMetro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 21-1-2021 04:50 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CKSpOUwFzAU/?igshid=1w4w7pgrteef6[/ig]

Hmmmmm.... Krikkrikkkk


Tacang plssss
Quote Mopiko 21-1-2021 05:06 PM


tu dia siap video. habis lah nak nafi macam mana... sejak bila SOP pakai glove? memang ada eh


Quote CiliPadiSedap 21-1-2021 05:17 PM
hmm. sejak bila kena pakai glove?  kasihan rakyat. gaji 1 ribu tu gaji dia sebulan. bulan tu dia tak dapat gaji.  pru kali ni kaka xkan pergi mengundi. rakyat di susahkan.
Quote Orix 21-1-2021 05:26 PM
Told ya.... Polis zaman PN ni totally A JOKE !!! caca merba... iols dh kena byak kali dah...tensennnnnnn.....
Quote Skuau 21-1-2021 05:42 PM
Mohon pekerja berkenaan tampil membuat sidang media...untuk menjelaskan isu sebenar.....kalo x benda ni akan jadi fitnah.
Quote jofizo 21-1-2021 06:08 PM
Pekerja tu disaman bkn atas sebab x pakai sarung tgn tp atas kesalahan x scan mysejahtera dan check suhu bdn.

Teguran polis tu btul dan baik kalau atas nasihat sbb tugas pekerja terbabit face to face dgn customer tp mengarahkn pekerja tu utk pakai glove adlh salah sbb xde dlm sop.
Quote ashilalat 21-1-2021 06:10 PM
Orix replied at 21-1-2021 05:26 PM
Told ya.... Polis zaman PN ni totally A JOKE !!! caca merba... iols dh kena byak kali dah...tensennn ...

Hahaha..baru tau polis zaman PN dengan polis zaman pee esh berbeza.
Quote Perawankota 21-1-2021 08:15 PM
Mcm2 hal dorg ni
Quote kakigebang 21-1-2021 09:17 PM
pelik pekerjs premis kena saman tsk cek suhu chrvk in mysejshtera, dsh tentu2 dis keje situ, bleh trace pskai psksi sape yg keje hari tu ade kes kobid..nk tanye polis yg keje balsi tu cek duhu cek in mysejhtera tak ? gsji dh sikit keje kaunter x smpai pun 2k sbulan.....kali ni aku rasa polis saja nk tunjuk. kuasa suka2 saman org 1k tkde sbb yg kukuh
Quote najib888 21-1-2021 09:37 PM
Edited by najib888 at 21-1-2021 09:42 PM

Bab check suhu tu, aku rasa perkara bodoh yg patut dikeluarkan dari SOP... Knowing yg sekarang ni ramai yg dapat covid tanpa simptom, apa relevannya check2 suhu ni? Berlambak dah tempat yg ada QR code MySejahtera, ada termometer, tapi tak dak org pantau.. scan mysejahtera pun dah cukup..

Yg polis ni dok buat cengei tak tahwan hala buat apa? La ni, hang ada kuasa bleh la eksyen..
Quote n3ar 21-1-2021 09:46 PM
merepek jer...

masa dia tegur tu, dia list satu2 macam kesalahan dia macam berkaitan dgn kompaun dia kena tu...

pastu ada jer orang komen naik motor/kereta tak pakai mask pun kena saman dgn polis..

ada viral pompuan ni keluar kereta nak ambil anak kat seat sebelah jer tp tak pakai mask, kena saman gak..

padahal pakai mask ni patutnya di kawasan awam yg ramai orang...kalau duk bersendirian tu guna la budibicara
Quote printercomel 22-1-2021 02:06 AM
kakigebang replied at 21-1-2021 09:17 PM
pelik pekerjs premis kena saman tsk cek suhu chrvk in mysejshtera, dsh tentu2 dis keje situ, bleh tr ...

Betul. Nama pun dia keje situ. So kalau ada kes bukan susah pun nak tau dia siapa. Dia bukan pelanggan yang kita tak tau butiran dia.

Kalau tempat kerja sendiri pun kene scan, kenapa tak kat rumah pun kene scan buat barcode? Sama je. Tempat kerja kan rumah kedua.

Doa orang teraniaya dan dizalimi ni tunggu je la. Balasan turun tak kira pangkat.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.043029 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top