|
GERIK: Sekumpulan gajah dikesan kerap menceroboh masuk ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar, dekat sini, sejak beberapa bulan lalu dipercayai untuk mencari makanan. Dalam kejadian terbaharu pada Selasa, seekor gajah dewasa dianggarkan berusia 35 tahun dilihat masuk ke kawasan berkenaan. Kejadian itu sempat dirakam seorang lelaki yang berada di dalam kawasan sekolah berkenaan, namun haiwan liar berkenaan tidak bertindak agresif termasuk mencederakannya. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima laporan antara empat hingga lima ekor gajah masuk ke sekolah itu sebelum ini. Beliau berkata, pihaknya kemudian memasang pagar elektrik di sekeliling sekolah berkenaan pada November lalu bagi mengelakkan gajah-gajah terbabit kembali, namun ia mengalami kerosakan baru-baru ini.
“Kakitangan Perhilitan baru sahaja (hari ini) melakukan kerja-kerja baik pulih pagar itu dan arus elektrik pun sudah mencapai 9.1 volt, cukup untuk menghalang gajah masuk ke kawasan itu. “Di samping itu, kami juga memasang lampu biru ‘high LED’ untuk menakutkan gajah,” katanya ketika dihubungi hari ini. Sehubungan itu, Yusoff meminta kerjasama orang ramai, khususnya penduduk setempat untuk bersama-sama menjaga pagar elektrik berkenaan. Sumber : Astro Awani |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.102826 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.