Mereka berlima dalam gambar ini adalah bersaudara (adik-beradik). Dalam sejarah ketenteraan AS, mereka dikenali sebagai The Sullivan Brothers. Mereka terdiri daripada : George Thomas Sullivan, 27 Francis Henry "Frank" Sullivan, 26 Joseph Eugene "Joe" Sullivan, 24 Madison Abel "Matt" Sullivan, 23 Albert Leo "Al" Sullivan, 20 Semasa perang dunia kedua, kesemua mereka bertugas dalam kapal perang sama yang sama dinamakan USS Juneau. Kapal berkenaan dibenamkan oleh torpedo dari kapal selam Jepun pada 13 November 1942 dalam pertempuran Guadacanal.
Ditakdirkan, tiga orang pada mereka maut serentak dalam serangan berkenaan. Seorang maut hari berikutnya kerana kepenatan dan lemas. Seorang juga maut ketika terapung di laut kemudiannya. Kematian yang terakhir itu dikatakan kerana dia patah hati di tengah lautan apabila mengetahui adik-beradiknya yang lain sudah tiada. Bapa mereka sedang bersiap untuk keluar berkerja pada pagi hari apabila seorang wakil tentera laut datang ke rumahnya. "Saya ada benda yang perlu saya perlu maklum kepada tuan mengenai anak tuan...." Sebagai seorang bapa di zaman perang, dan anak-anaknya dalam tentera, pasti bapa mereka tahu apa yang hendak disampaikan. Cuma jawapan kepada soalan beliau yang seterusnya... Mungkin tiada bapa di dunia yang mampu dengar... " Yang mana satu.... ".. soal bapa mereka. " Saya mintak maaf tuan.. Kelima-lima mereka...." jawab pegawai berkenaan. Sumber - MYNEWSHUB |
ikanmasin: sedihnya..sekelip mata hilang anak semuanya..
ADVERTISEMENT