PETALING JAYA: Terkesan dengan tindakan Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada seorang ibu tiga anak yang ditahan selepas dilaporkan mencuri di sebuah pasar raya, semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, muncul secara mengejut di kediaman wanita berkenaan di Lembah Subang, malam ini. Menteri Besar Selangor itu datang secara diam-diam bersama dua pembantunya pada jam 10 malam ketika wartawan dan jurugambar BH sedang membuat liputan di kediaman wanita terbabit di Taman Putra Damai. Katanya, beliau membuat keputusan melawat keluarga wanita itu selepas kisahnya mencuri pelekat penyejuk demam untuk anaknya yang sakit dan makanan bagi anaknya disiarkan media hari ini. "Saya tersentuh dengan hal ini apatah lagi di Selangor kita mempunyai program khusus untuk mereka yang memerlukan, Insya-Allah kita akan menguruskan bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), khusus untuk membeli barang keperluan bernilai RM200 sebulan.
"Cuma untuk peringkat awal, ibu ini perlu mendaftar bagi mendapatkan bantuan di Selangor kerana sebelum ini beliau beralamat di negeri Pahang dan segala urusannya akan kita permudahkan dengan segera," katanya kepada wartawan BH, sebentar tadi. Wanita terbabit sebelum itu ditahan selepas gagal membayar barang berjumlah RM58 yang ada bersamanya di sebuah pasar raya semalam. Menyedari kesulitan dialami wanita berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bertindak membantu wanita berkenaan dengan membelikan barang yang diperlukan termasuk menutup kes berkenaan daripada tindakan lanjut. Sementara itu, Amirudin berkata, beliau berterima kasih kepada Nik Ezanee yang bertindak pantas memberikan bantuan selepas menyedari kes berkenaan. "Saya berterima kasih dan kagum dengan tindakan pantas Tuan Nik Ezanee, yang berusaha memberikan bantuan selepas menyedari kesulitan dialami wanita itu, selain turut menutup kes berkenaan untuk tindakan selanjutnya," katanya. Dalam lawatan itu, Amirudin turut menyampaikan sumbangan peribadi namun enggan mendedahkan butiran sumbangannya. Selesai ditemubual, Amirudin meninggalkan pangsapuri berkenaan secara senyap-senyap dengan menaiki kenderaan peribadi bagi mengelak kehadirannya diketahui penduduk setempat. Sementara itu, ketika ditemui, wanita terbabit berkata, dia tidak menyangka Menteri Besar Selangor sudi datang ke rumahnya dan memberi bantuan peribadi. "Saya amat terharu dan berterima kasih kepada Menteri Besar yang datang ketika jauh malam untuk mengunjungi kami selepas mengetahui kejadian yang berlaku. "Saya sedar tindakan saya itu salah dan didorong tanpa fikiran waras disebabkan keadaan anak sakit dan kelaparan di rumah, namun saya berjanji untuk tidak mengulanginya lagi," katanya. Sumber : Berita Harian |
Menteri Besar Selangor itu datang secara diam-diam bersama dua pembantunya pada jam 10 malam ketika wartawan dan jurugambar BH sedang membuat liputan di kediaman wanita terbabit di Taman Putra Damai.
jerukkedondong replied at 22-1-2021 06:23 AM
Siap bawa 2 pembantu tu senyap2 apanya...
ADVERTISEMENT