CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bini Orang Rugi RM34,500 Ditipu Sindiket Love Scam

22-1-2021 02:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2275| Komen: 6

Kredit foto : Forbes



Alor Setar: Seorang wanita yang juga penjawat awam kerugian RM34,500 selepas diperdaya 'Tony Nguyen' yang dikenali melalui aplikasi 'Tagged' selepas berkenalan 9 Januari lalu.

Wanita berusia 34 tahun yang bekerja di Pendang, sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri Superintendan Elias Omar berkata, mangsa dan suspek sering berhubung melalui aplikasi 'Line' sepanjang perkenalan.

Beliau berkata, pada 15 Januari lalu, Tony Nguyen yang kononnya warga Vietnam mahu mengirim wang, kasut, pakaian selain minyak wangi kepada mangsa sebagai tanda perkenalan antara mereka.


"Pada 18 Januari lalu, mangsa memasukkan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Pendang ke tiga akaun secara berperingkat mencecah RM34,500.

"Mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang selepas menyedari ditipu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya pada kenyataan hari ini.

Elias turut menasihati masyarakat supaya jangan mudah terpedaya dengan pelbagai janji manis serta tawaran menarik diberi individu yang baru dikenali melalui laman sosial atau pelbagai aplikasi lain.



Sumber : HarianMetro 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-1-2021 02:48 AM
wau herlok sangat ke tony nguyen tu vietnam pun ko cariiii sis oiii... mesti chinese ni
Quote kaedahnya 22-1-2021 04:59 AM
dudaberhias replied at 22-1-2021 02:48 AM
wau herlok sangat ke tony nguyen tu  vietnam pun ko cariiii sis oiii... mesti chinese ni

chinese penjawat awam, cikgu ke?
Quote alieyrina 22-1-2021 05:41 AM

Nampak berita smlm student uni kena parcel scam gak..puluh k
Quote Tinot7 22-1-2021 07:55 AM
Apa la hang nak lagi? Anak dah 2...

Wanita berusia 34 tahun yang bekerja di Pendang, sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
Quote ellejo 22-1-2021 08:09 AM
the real question is hidup lagi ye tagged ni? zaman aku blajor dulu rajin tau bertagged tagged. jumpa banyak lesbo
Quote bungamelurindah 22-1-2021 11:40 AM
dah ada anak dah kahwin, apa lg yg di cari, alahai, kan makan diri buat dosa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.151253 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top