CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siti Kasim Puji Muhyiddin Gesa Henti Ucapan Kebencian

22-1-2021 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2361| Komen: 8

Seruan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Asean merangka undang-undang berkaitan ucapan berunsur kebencian di platform digital dengan tegas mendapat perhatian peguam Siti Zabedah Kassim atau Siti Kassim.




Memuat naik ciapan di Twitter, peguam itu memuji niat disampaikan Muhyiddin pada Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean Pertama (ADGMIN1), hari ini.

Bagaimana pun, Siti menggesa Muhyiddin melaksanakan perkara itu bermula daripada pentadbirannya.

Dakwa Siti, pentadbiran Muhyiddin sebelum ini telah melakukan diskriminasi jantina dengan mengenakan hukuman tegas kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Niat yang baik. Mulakan dengan pentadbiran anda yang baru mengumumkan akan mengenakan hukuman lebih berat kepada komuniti LGBT,” katanya.



Muhyiddin hari ini menggesa Asean mempertimbangkan undang-undang lebih tegas terhadap ucapan berunsur kebencian melalui media digital.

Langkah itu antara lain memaksa platform digital untuk menghapus atau mengenakan hukuman atas ucapan yang sengaja mempromosikan keganasan dan serangan.

Serangan serta keganasan yang dimaksudkan Muhyiddin termasuk gangguan individu berdasarkan bangsa, jantina, agama, orientasi seksual, kecacatan dan kewarganegaraan.


Sumber: ProjekMM

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Rob07


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-1-2021 12:24 PM
Penting gila ehhh pendapat siti kasim ni
Quote dua_chzy 22-1-2021 12:25 PM
Minta maaf la tapi...

Takkan pujian dengan sindiran pun tak tau beza?
Quote dua_chzy 22-1-2021 12:26 PM
Btw, grammar Siti Kasim...
Quote CiliPadiSedap 22-1-2021 07:40 PM
kaka graduate oxford jalan tun sambathan pun tahu grammar english cmne
Quote slyfynx 22-1-2021 11:30 PM
#sarcasm. Ni bukan pujian daaa....
And untuk semua...

... more harsher punishment...

kalau nk guna comparative, x payah tambah more, kecuali perkataan tu mmg xde comparative word nye.

Jangan buat ayat "I'm going to eat more healthier." Redundant. and biasenye kalau ade comparative word, kene ade comparison, so kene ade than.

Contoh : "I am going to eat healthier than before"

Biase yang pakai more ni kalau adjetive nye lebih dari 3 suku kata mcm beautiful, die xde beautifuler. Kita pakai more beautiful.
Quote bangcak 23-1-2021 12:32 AM
so,
apa ulasan diva azwan ali dan ayah rani kulup ttg isu nih??

Quote kakikuDibibirmu 23-1-2021 12:45 AM
Far more hasherer
Quote kakakpositifker 23-1-2021 09:50 AM
dia ni sbnrnye knp eh?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.123042 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top