Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berhubung dakwaan berpakaian menyerupai wanita.
Perkara itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Amin yang memuji pihak berkuasa dan sekali gus membuktikan bahawa Jabatan Agama tidak lemah. PU Amin berkata, dia sering berdoa agar Sajat akan berubah ke jalan yang diredai. Dalam pada itu, PU Amin berharap agar Sajat mengambil iktibar dan pengajaran dengan tindakan undang-undang yang dikenakan keatasnya. “Apa yang kita lawan dahulu dah dibawa ke meja pengadilan. Apa daya kita lagi. Usaha dah dibuat. Terpulang pada dia untuk berubah. “Semoga Allah beri petunjuk pada Sajat dan seluruh legasinya. Kita juga berdosa, kita juga hina, tapi jangan kita sebarkan dan tontonkan dosa itu kepada masyarakat,” katanya.
Terdahulu, Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 6 Januari lalu, atas pertuduhan berpakaian seperti wanita. Sebelum ini tular di media sosial, rakaman video memaparkan Nur Sajat menangis teresak-esak dalam keadaan bergari. Sumber: RotiKaya https://www.rotikaya.com/saya-tak-henti-doa-agar-sajat-pulih-kembali-kepada-fitrah/
|
ADVERTISEMENT