CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Renggo Arrow Bergelar Penebar Roti Canai, Suara Masih Mantap Macam Dulu

22-1-2021 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7792| Komen: 28

Boleh dikatakan ramai selebriti tidak hanya bergantung pada pendapatan mereka sebagai penggiat seni sahaja. Semakin ramai di kalangan selebriti mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.


Sebut sahaja nama kumpulan Arrow, pasti ramai meminati lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah. Untuk pengetahuan anda, penyanyi kumpulan tersebut iaitu Renggo sudah bertahun-tahun mencari rezeki sebagai penebar roti canai.

Sudah lama tak dengar cerita mengenai penyanyi itu, baru-baru ini ramai yang terpesona dengan suara Renggo apabila tular videonya di laman Twitter.


Namun, lebih menjadi perhatian, Renggo menyanyikan lagu popular itu dengan baik sekali sambil membuat roti canai.

Memetik laporan Utusan Online, Renggo mempunyai kedai makan miliknya sendiri di Kajang sejak 10 tahun lalu sebagai sumber rezeki.

Bagaimanapun, perniagaannya merosot susulan pandemik Covid-19 dan rakannya di Kelantan mengajaknya berniaga di sana. Katanya, roti canai jualannya laris dan lebih 200 keping terjual dalam sehari.


“Saya ke Kelantan kerana rakan karib minta saya berniaga di sini. Lagi pun kos hidup di Kelantan lebih murah berban-ding di ibu kota.

“Alhamdulillah, jualan roti canai saya di sini laris sehingga lebih 200 keping sehari, itu pun belum memenuhi permintaan pelanggan,” ulas Renggo.

Foto: Utusan/mstar

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Renggo pernah menyertai pertandingan Kilauan Emas dengan menggunakan nama Zain. -CARI

Sumber: Gulapop

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 22-1-2021 03:49 PM
Masuk gv la bang. Iols pernah tengok dia menyanyi zaman sekolah dulu, suara memang telan kaset. @mat_arof gv tak panggil ringgo audition ke
Quote irvene 22-1-2021 03:50 PM
please masuk GV. dah lama nk abg nyanyi balik.
Quote mrseller 22-1-2021 03:53 PM
Org nak cari rejeki ko dok sua mikropon, nasib baik cool, kalau mat over dah lama kena lempang
Quote mamajawie 22-1-2021 04:18 PM
ini membuktikan kat kelantan lubuk cari duit ye sogay..keep that in your mind!!
Quote missbigrockstar 22-1-2021 04:42 PM
Pergh. Masih berbisa suara mcm telan kaset
Quote bakingsoda 22-1-2021 04:58 PM
Edited by bakingsoda at 22-1-2021 04:59 PM
mamajawie replied at 22-1-2021 04:18 PM
ini membuktikan kat kelantan lubuk cari duit ye sogay..keep that in your mind!!


nyanyi sambil ceduk kuah laksa, jangan tersembur air liur pulak dlm laksa sbb gigi terlalu menjaga penjarakan

------
utk tak offtopic, dia meniaga roti canai kat area mana ni
Quote kucingitam 22-1-2021 05:03 PM
lepas pegang mic dia cuci tangan tak sebelum tebar roti lagi?

tu je nak tau...
Quote EvieWanKenobi 22-1-2021 05:20 PM
jika ada kemahuan pasti ada jalan..
semoga bisnesnya maju..
Quote fadz84 22-1-2021 05:37 PM
Few years back dia meniaga roti canai kat Puchong. Pernah la mkn kat warung dia tu dulu.
Quote KIM.K 22-1-2021 05:59 PM
Lain suara penyanyi ni, ada lemak dia lunak yang orang terpaku
Quote Suchi 22-1-2021 06:21 PM
Edited by Suchi at 22-1-2021 06:24 PM

Janganla nyanyi sambil masak sama gak kalau nak bercakap better guna menda ala face shield tu Tapi bentuk dia separuh mini face shield gitu.kat kedai bakeri ada jual.Iols ada gak menda tu walau tak penah wat demo live  memasak ke apa.
Dulu ada sorang sis tu selalu live tiap kali dia nak decor cake customer dia so dia pakai menda alah tulah tuk elakkan air liur dia terpercik kat kat cake tu.

Lama dah tak nampak live dia iols perasan dia sorang je yg guna menda alah tu org lain duk live masak aman2 je bebel tapi takpelah ko yg sendiri makan kan tp kalau nak jamu kt orang better laa guna menda alah tu ye.
Quote sleepandream 22-1-2021 06:53 PM
lalu kat timeline twitter iols...
tapi tak tau pulak penyanyi kumpulan arrow tu...
kekdahnyee
Quote bambimo 22-1-2021 06:57 PM
@mat_arof... Dh masuk kilauan emas xboleh masuk GV ker? Suara sedap lg
Quote sayawifenikmie 22-1-2021 07:19 PM

...sambil2 goreng roti canaipun sedap suara .....
Quote CiliPadiSedap 22-1-2021 07:31 PM
bakingsoda:    Edited by bakingsoda at 22-1-2021 04:59 PM  nyanyi sambil ceduk kuah laksa, jangan tersembur air liur pulak dlm laksa sbb gigi terlalu menjaga penja ...


Harap gigi tu sempat buat check suhu kalau xkena saman rm 1 ribu
Quote Kancilkering 22-1-2021 07:33 PM
terpercik air liur...
Quote Megikari 22-1-2021 07:44 PM
Wowww... Ai is kagum
Quote CiliPadiSedap 22-1-2021 08:44 PM
bakingsoda:    Edited by bakingsoda at 22-1-2021 04:59 PM  nyanyi sambil ceduk kuah laksa, jangan tersembur air liur pulak dlm laksa sbb gigi terlalu menjaga penja ...

Org kampung vokuru ckp kalau ada penjarakkan gigi suka kulum laksa
Quote Bihungoreng 23-1-2021 12:36 AM
Oh dia ke? Hahaha aku masa tgk dia tarik ckp wow power pakcik ni.. tapi pakcik dh pegang mic tu jangan lupa basuh tangan lepas tu.. hahahahahahaha

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054337 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top