CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Marah Cuti Tak Diluluskan, Lelaki Campak Sofa Dan Tong Gas Dari Tingkat 5

22-1-2021 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6585| Komen: 49

Seorang lelaki membaling sofa dan tong gas dari tingkat lima pangsapuri rumahnya di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini, hari ini selepas berang permohonan cutinya tidak diluluskan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu.



Sebuah kereta yang rosak teruk selepas dihempap sofa dan tong gas yang dibaling suspek dalam kejadian di pangsapuri Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil siasatan awal, lelaki berusia 25 tahun itu bertindak agresif selepas mendapat tahu permohonan cutinya tidak diluluskan oleh majikan.

“Difahamkan, dia membuat permohonan cuti itu untuk pulang ke kampung halaman bagi menziarahi bapanya yang sakit.

“Berang permohonannya ditolak, lelaki tersebut bertindak membaling sofa dan tong gas masak dari tingkat lima ke bawah,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Sofa yang dicampak suspek dari tingkat lima pangsapuri di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, bagaimanapun barang-barang tersebut hanya mengenai kereta penduduk di kawasan itu.

“Nasib baik ketika kejadian tiada individu berada di laluan tersebut dan barang-barang yang dibaling telah menghempap beberapa buah kereta yang diparkir di bawah.


Tong gas turut dicampak oleh suspek.

“Susulan kejadian kita telah menahannya sebelum dihantar ke Hospital Melaka kerana dipercayai dia menghidapi sakit mental,” katanya.


Sumber: K! ONLINE

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namemysoul 22-1-2021 11:21 PM
Mcm2 hal manusia skang...
Antenna ker ampaian tuh..
Quote shernazz 22-1-2021 11:22 PM
Okay
Boleh bawa balik terus
Takyah minta coti dah...
Quote slyfynx 22-1-2021 11:24 PM
Makin seronok pulak semua artikel gune perkataan parkir skrg ni.
Yes, aku tau ade dalam kamus dewan, but still, ade je perkataan melayu.
Kenapa kene guna yang pinjaman.
Quote kaedahnya 22-1-2021 11:26 PM
kalau balik jugak maybe kena buang kerja. tapi at least tak ada la rekod jenayah or rekod ada masalah mental tu. harap tuanpunya kereta yang kena tong gas tu dapat pampasan setimpal.
Quote cik.peah 22-1-2021 11:27 PM
aduii naseb baik tak de kena orang2 kat bawah tu. punya extreme barang yang dia campak ni.
Quote Lengkong 22-1-2021 11:32 PM
Ha tu dia tong gas dicampaknya..puas hati


Quote little_sis 22-1-2021 11:38 PM
Gilee aaa x dpt bygkan impak bunyi dan hentaman bila tong gas mencecah tanah.. kot ye pun marah.. kot ada org melintas kebetulan kena tong gas..
Quote cik.peah 22-1-2021 11:46 PM
rasa seriau pulak lepas ni nak jalan tepi rumah2 apartment tinggi2 ni.
Quote FOTHER-MUCKER 23-1-2021 12:25 AM
slyfynx replied at 22-1-2021 07:24 AM
Makin seronok pulak semua artikel gune perkataan parkir skrg ni.
Yes, aku tau ade dalam kamus dewan ...

Kerana Melayu semenanjung nak jadi Indonesia ataupun didalam kerajaan sekarang sudah di monopoli oleh keturunan Indonesia generasi pertama!
Quote Bihungoreng 23-1-2021 12:34 AM
Ei tong gas kosong mahal la skang.. musim2 pkp ni ko g campak pulak.. kalu i jadik jiran amik jual wakakakakaka dah gatal sangat buang tu kenapaa?
Quote matchstick 23-1-2021 01:57 AM
Si gila tu kerja apa yg susah sgt nk dpt cuti tu..kerja gomen ke. Bos aku laju je approve cuti nk2 time pkp gini duk wfh cuti ke tak cuti sama je..
Quote b_n_c 23-1-2021 02:04 AM
incredible hulk..huh
Quote AshKetchum 23-1-2021 02:18 AM
eh babi. ko ni memang elok dicampak ke kandang babi je lah hanat. kekdahnyer ko campak tong gas sebeban tu terus dapat lulus cuti ke babi?
Quote Perawankota 23-1-2021 05:11 AM
Gila punya manusia
Quote AshKetchum 23-1-2021 06:16 AM
nak sangat cuti kan babi? hah ambik ko sekali permanent vacation ke hospital mental ko dapat. baru padan muka ko kan babi?
Quote batusembilan 23-1-2021 06:52 AM
aku dh ckp dh......generasi muda skrg ramai fragile........fragile gilerr.........byk sgt layan netflix.......otak pun dh jadi mental.
Quote sukacactus 23-1-2021 07:14 AM
Biol dah kot otak dia
Bukan kete boss dia pun yg kena tong gas tu
Quote September14 23-1-2021 07:24 AM
Mngamukla kat opis naper g baling barang sendiri
Quote jazaa100 23-1-2021 07:35 AM
slyfynx replied at 22-1-2021 11:24 PM
Makin seronok pulak semua artikel gune perkataan parkir skrg ni.
Yes, aku tau ade dalam kamus dewan ...

ikut bahasa trisna tu.....

aku pun mnyampah.....

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.143673 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top