CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Janganlah Cakap Jamali Shadat Dah Meninggal, Atok Hidup Lagi'

23-1-2021 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2873| Komen: 6

Berita pemergian pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, yang tular di media sosial sejak awal pagi Sabtu adalah palsu dan tidak benar.

Kesal dengan penyebaran maklumat palsu itu, anaknya Fauzi Jamali, 48, memberitahu bapanya masih lagi hidup dan berada dalam keadaan baik.




"Itu berita palsu! Daripada Subuh saya terima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai kesahihan berita itu.

"Janganlah sebarkan benda yang tak betul dan mereka yang nak kongsi berita itu pun pastikan dapat daripada sumber yang benar.

"Dia masih lagi hidup dan kita doakan yang baik-baik untuk kesihatannya,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, beberapa pengguna laman Facebook berkongsi status mengenai pemergian pelawak era 1980-an ini.

Sementara itu, Fauzi memaklumkan kondisi bapanya masih lagi dalam keadaan uzur, namun sudah ada selera makan.




Kredit foto: FB

"Doktor terpaksa menggunakan drip bagi memasukkan air ke dalam badan ayah selepas dia tidak mahu makan sejak minggu lalu.

"Keadaan masih sama tapi Alhamdulillah, ayah sudah ada sedikit selera makan, kita bagi dia makan sedikit tapi kerap,” ujarnya.


Sumber: mStar


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 23-1-2021 12:41 PM
Haiyoo tak baik betul sape yg buat berita ni.Anaknya si Fauzi ni satu group  wssp dengan aiols.Dia cuma ckp abah dia tak sihat dah uzur takde selera nak makan.
Quote hybridity 23-1-2021 01:07 PM
kan semoga dilindungi ameen
Quote Megikari 23-1-2021 03:12 PM
Sampainya hati yg buat cerita palsu mcm ni
Quote cap_ayam 23-1-2021 03:19 PM
kesian tengok gambar dalam keadaan uzur gini..
Quote Asdira 23-1-2021 05:40 PM
Jahatnya yg suka sebar cerita palsu tu {:thief
Quote LadyCarefree 23-1-2021 09:13 PM
Semoga yang terbaik buat dia

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049659 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top