|
Lelaki membunuh isterinya dengan kejam selepas mencurigai isterinya curang dengan lelaki lain. Dalam kejadian di Demak, Jawa Tengah itu, mangsa, Nur Kamidah, 38, ditemui meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya pada Jumaat. Ibu dua anak yang bekerja sebagai petani itu dibunuh suaminya berusia 41 tahun sekitar jam 4 pagi ketika tidur di dalam biliknya. Menurut jurucakap polis, AKP Muhammad Fachur Rozi berkata, mangsa mengalami luka tikaman di pipi kanan, bahagian belakang telinga kanan dan bahagian kiri dada. Selain lebam pada leher, pergelangan tangan kiri mangsa turut dilaporkan patah. Polis yang tiba di lokasi sebaik menerima maklumat orang awam turut merampas barang bukti antaranya sebilah pisau dapur, bantal dan seluar panjang berwarna hitam. "Pihak kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian dan suspek dipercayai membunuh isterinya kerana mengesyaki mangsa berlaku curang," katanya. Suspek berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.304146 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.