CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Roy Sesak Nafas, Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

23-1-2021 11:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7606| Komen: 48




Penyanyi lagu Ratnaku, Roy dimasukkan ke Hospital Banting, akibat sesak nafas, tengah malam tadi. Roy atau nama sebenar, Mohammad Rauzan Alwi berkata, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada jangkitan kuman dalam paru-parunya.

"Pada mulanya, saya sekadar sesak nafas. Jadi, saya pergi ke sebuah klinik.

"Bagaimanapun, doktor mencadangkan saya mendapatkan pemeriksaan lanjut di sebuah hospital berdekatan.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus ke Hospital Banting. Saya fikir sesak nafas biasa.

"Namun, selepas pemeriksaan ada jangkitan kuman dalam paru-paru dan saya terus dimasukkan ke wad," katanya kepada BH Online.


Roy berkata, pernafasannya masih belum pulih dan tidak mampu bercakap banyak.

"Disebabkan ada jangkitan kuman, rawatan segera diperlukan. Cuma saya tidak tahu berapa lama saya dirawat di wad ini," katanya.

Bekas peserta program Gegar Vaganza (GV) musim keenam ini memberitahu, dia turut menjalani ujian saringan COVID-19.



"Semalam saya melakukan ujian saringan wabak itu dan masih menunggu keputusan.

"Kalau positif, saya akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Harap-harap janganlah begitu," katanya.

Tambah Roy, ini pengalaman pertamanya sesak nafas.

"Saya tiada penyakit kronik. Saya harap boleh cepat sembuh dan teruskan kehidupan seperti biasa," katanya.

Sementara itu, ramai kenalan artis seperti Nizam Laksamana berkongsi berita kesihatan Roy dan mendoakan agar cepat sembuh.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 23-1-2021 11:45 PM
Gws royyyyyyy
Quote little_sis 23-1-2021 11:45 PM
Semoga cepat sembuh.. patut x nampak dia kat au2 hari ni.. last week ada lg.. aku ingatkan sbb pkp ker apa..
Quote Manjahati 23-1-2021 11:51 PM
Moga pakcik roy ni cepat sembuh
Quote matchstick 23-1-2021 11:52 PM
Semoga lekas sembuh pakcik roy
Quote LadyCarefree 24-1-2021 12:39 AM
Xkenal tp moga sembuh
Quote kaka_tima 24-1-2021 12:59 AM
Dulu penah nampak dia menyangi kat aeon au2.sedap suara dia and sangat peramah dgn fans. Somehow mcm kesian dah tua still cari duit dgn busking sorang2 dekat mall.
Duit org bagi pun ntah berapa ringgit je. Semoga abg Roy cepat sihat
Quote kaka_tima 24-1-2021 01:01 AM
LadyCarefree: Xkenal tp moga sembuh


Acik 80/90an pasti kenal. Antara retis femes di hiburan minggu ini dulu2
Quote salmon-suki 24-1-2021 01:16 AM
Semoga cpt sembuh acik roy..kesiannyaaaa lahaiii..
Quote azie5zoe 24-1-2021 08:05 AM
Semoga cepat sembuh, dia guru vokal yang baik (kumpulan koir) dari dia iols belajar teknik mengeluarkan suara dari perut. Seronok belajar dengan dia ni.
Quote cap_ayam 24-1-2021 08:08 AM
Semoga cepat sembuh dan sabar menempuh ujian ni ..
Quote imanjannah 24-1-2021 08:14 AM
semoga cepat sembuh uncle roy
Quote wirazam 24-1-2021 08:58 AM
azie5zoe replied at 24-1-2021 08:05 AM
Semoga cepat sembuh, dia guru vokal yang baik (kumpulan koir) dari dia iols belajar teknik mengeluar ...

Share lar..mcmana nak keluarkan suara dari perut tu..
Quote wirazam 24-1-2021 08:59 AM
Semoga pakcik Roy cepat sembuh
Quote hayrin86 24-1-2021 09:07 AM
Semoga cepat sembuh.. BTW, layan juga lagu-lagu patriotik nyanyian beliau terutama setiap musim perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali serta Krismas di samping Hari Merdeka dan Hari Malaysia..
Quote azie5zoe 24-1-2021 09:13 AM
wirazam replied at 24-1-2021 08:58 AM
Share lar..mcmana nak keluarkan suara dari perut tu..

Macam mana nak tunjuk ek lagi-lagi lepas pulun nasi lemak ulam jering sepinggan nih..
Quote nazzse 24-1-2021 09:16 AM
kaka_tima replied at 23-1-2021 04:59 PM
Dulu penah nampak dia menyangi kat aeon au2.sedap suara dia and sangat peramah dgn fans. Somehow mcm ...

Actually dia jenis rajin kerja + tak reti duduk diam. Masih jadi lecturer muzik sambilan plus ada kedai makan buka dgn wife dia.. Cuma ada terjejas sikit la katanya musim covid ni. Baru last friday masuk MHI
Quote Fafaaisa 24-1-2021 09:51 AM
Semoga cepat sembuh!
Quote kaka_tima 24-1-2021 10:02 AM
nazzse replied at 24-1-2021 09:16 AM
Actually dia jenis rajin kerja + tak reti duduk diam. Masih jadi lecturer muzik sambilan plus ada  ...

Wow kalau camtu he gets my respect even more! Music is really his passion. Lagu2 pun berkualiti tak mcm lagu budak skrg nyanyi
Quote TomyamPuteh 24-1-2021 10:19 AM
Aku yg agak muda ni pon knal Roy. Moga cpt sembuh Roy. Suaramu pyh dicari

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.178523 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top