CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Pak Cik Mengucap Banyak-Banyak Ya..” Doktor Kongsi Pengalaman Rawat Pesakit Covid-19 Yang Sesak Nafas

24-1-2021 12:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2636| Komen: 1



Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun lalu, frontliners atau barisan hadapan daripada pelbagai skop berdepan tugas mencabar.

Tiada istilah rehat atau cuti, mereka terpaksa meninggalkan insan tersayang demi melaksanakan tugas yang diamanahkan selain berdepan risiko jangkitan yang tinggi.

Antaranya, kakitangan petugas kesihatan dan perubatan yang bertungkus-lumus dalam menjalankan persampelan pesakit dan merawat mereka yag berada di wad.

Perkongsian oleh Doktor Ahmad Zakimi Abdullah ini mungkin boleh membuka mata masyarakat di luar sana mengenai pengalaman sebenar petugas kesihatan dalam menyelamatkan nyawa pesakit Covid-19.

Setiap saat mereka boleh dijangkiti, tetapi tugas berat dan tanggungjawab ini dilakukan sepenuh hati demi khidmat kepada negara biarpun kadangnya sudah tak terdaya.


”Saya bantu pakcik ye”

Pakcik hanya mengangguk kepala. Tak mampu bercakap.

”Pakcik boleh dengar saya?”
Pakcik mengangguk lagi. Itu hanya termampu.
”Baik pakcik. Nanti saya bagi ubat bius supaya pakcik tidur ya”
Pakcik kelipkan mata tanda setuju. Tercungap-cungap.
”Pakcik mengucap banyak-banyak ya. Pakcik ikut saya, La ilaha illallah Muhammad Rasulullah… ” arahku sambil memegang ‘bag valve mask’ yang sekitar mulut dan hidung pakcik.

Kelihatan mulut pakcik terkebil-kebil berusaha untuk mengucap. Allahu.”Sekali lagi pakcik ya. Ikut saya… La ilaha illallah Muhammad Rasulullah…”Aku akan ajarkan mengucap dua kalimah syahadah sebelum melakukan prosedur ini. Setiap kali.Mata pakcik secara perlahan-lahan tertutup tanda pakcik sudah dibius sempurna.

Kemudian ‘endotracheal tube’ dimasukan kedalam trakea pakcik bertujuan untuk bantuan pernafasan. Prosedur ini perlu dilakukan dengan cermat supaya tiada aerosolisasi terhasil. Jika ia berlaku, maka habislah aku dan staff-staff yang membantu aku dijangkiti. Benda tak boleh nampak.

Aku lakukan procedur intubasi keatas pakcik yang dijangkiti COVID-19 kerana pakcik sudah tak mampu bernafas sendiri. Perlukan bantuan ventilator.

Itulah tugas berat dan tanggungjawab yang aku pikul. Itu juga pengalaman merawat pesakit COVID-19 kategori 4 atau 5.

Setelah semua selesai, aku terus membuka PPE penuh dengan tatacara ‘doffing’ (membuang PPE penuh). Jika langkah atau tatacara tak sempurna maka aku akan dijangkiti. Benda tak nampak. Seperti biasa, selepas selesai ‘doffing’ terus mandi. Setiap kali melakukan prosedur ini pasti membuatkan aku insaf bertapa mudahnya kita bernafas udara di berikan percuma oleh Allah kepada kita. ”Bila nak berakhir pandemik COVID-19 ni. Aku dah tak larat.” Hanya bermonolog depan cermin.

Klinikal sindrom COVID-19 ada 5 kategori;
Kategori 1 – tidak ada gejala
Kategori 2 – gejala ringan
Kategori 3 – bergejala & jangkitan paru-paru
Kategori 4 – bergejala, jangkitan paru-paru dan perlu oksigen
Kategori 5 – tenat, komplikasi organ-organ lain.

Biasanya hanya pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 saja akan dirawat atau dikuarantin di pusat kuarantin (mengikut polisi tempat masing-masing). Ada juga antara mereka di kuarantin di rumah dengan nasihat memantau kesihatan kendiri (juga mengikut polisi setempat). Mereka akan dinilai kembali pada hari ke 10.

Alhamdulillah, mereka dilindungi Allah. Mereka terselamat kerana dalam kategori 1 atau 2. Jika pesakit COVID-19 Kategori 3, 4 dan 5, mereka akan dirujuk ke hospital, khususnya ke Jabatan Kecemasan untuk dirawat. Kemudian mereka akan dimasukan ke wad hospital COVID/hospital hybrid COVID yang diwartakan.

Cuba kalian bayangkan jumlah kematian 642 orang, 260 kes di ICU dan 103 kes memerlukan bantuan pernafas setakat ini. Jumlah itu bukan sedikit walaupun kadar kematian hanya 0.4% dari semua jumlah yang dijangkiti.

Cuba kalian himpun 642 orang berada di depan mata kalian. Bayangkan ada saudara mara kita sendiri dalam 642 itu. Bagaimana perasaan kalian?

Nyawa seseorang tak ternilai tinggi nilainya. Aku sebagai doktor, perasan kesal dan pilu setiap kali kehilangan seorang pesakit ditangan sendiri.

”Dan sesiapa yang menghidupkan (menjaga keselamatan hidup) seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya,” – Surah Al-Maidah, ayat 32.

Adakah jumlah itu sedikit di mata geng antivaksin atau pendokong konspirasi? Have you ever seen this category COVID patient once?
Kepada sesiapa yang tak pernah menguruskan kes-kes atau pesakit COVID-19, mereka hanya banyak komplain. Itu tak kena, ini tak kena. PKP salah, vaksin salah. Semua yang kami lakukan semua tak betul dari pandangan mereka. Maka apa yang betul? Tiada pula cadangan yang dikira bernas dari mereka.

Tak percaya COVID-19, kau percaya pula teori konspirasi… Tak percaya Vaksin, kau percaya pula produk teh entah dari mana boleh merawat segala…

Percayalah jika kalian sendiri menguruskan pandemik COVID-19 secara langsung maka kalian tahu tinggi rendahnya langit. Kalian akan tahu besarnya kuasa Allah.

Mohon sementara ni kita duduk rumah. kita tunggu vaksin tiba. Semoga kita dan keluarga kita dilindungi Allah. Kami hampir maksima.

Dr Ahmad Zakimi Abdullah akak Dr Zek





Sumber: Dr Ahmad Zakimi Abdullah/SiakapKeli

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 24-1-2021 10:55 AM
Mana belastop meh komen

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.126006 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top