CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Bunuh Diri Di Jepun Bertambah Ketika Pandemik Covid-19

24-1-2021 12:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4650| Komen: 26



TOKYO: Jumlah kes bunuh diri di Jepun meningkat buat pertama kalinya dalam tempoh lebih sedekad pada tahun lalu, tatkala dunia dilanda pandemik COVID-19.

Data awal Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Jepun, hari ini mendedahkan seramai 20,919 orang mati kerana membunuh diri pada tahun lalu.

Ia menyaksikan jumlah kes bunuh diri naik 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala sebanyak 3,460 kematian direkodkan akibat jangkitan COVID-19 pada tempoh sama.

Angka itu menandakan peningkatan kes bunuh diri pertama tahun ke tahun dalam tempoh lebih sedekad, yang mana wanita dan kanak-kanak menyumbang kadar lebih tinggi.

Jepun sudah lama memiliki kadar bunuh diri tertinggi dalam kalangan Kumpulan Tujuh negara maju (G7), meskipun di peringkat serantau, Korea Selatan mencatatkan angka lebih tinggi.


Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan berusaha menyediakan keperluan bagi membantu dan menyokong aspek kesihatan mental di negara itu.

Meskipun impak penyebaran wabak COVID-19 di Jepun tidak seteruk negara lain, namun krisis kesihatan itu memberi kesan lain, iaitu menyebabkan peningkatan kes bunuh diri walaupun pada awal tahun lalu ia menunjukkan kadar kes berkurangan, sekali gus memberi harapan bahawa pandemik itu mempunyai kesan terbatas.

Jepun telah menyaksikan wabak coronavirus yang lebih kecil daripada beberapa negara, mengelakkan langkah pencegahan lebih keras seperti dilakukan di tempat lain, dan penurunan angka bunuh diri pada separuh pertama 2020 mencetuskan harapan bahawa kesan pandemik itu mungkin terbatas.

Namun, angka itu mulai meningkat pada bulan Julai selepas keadaan darurat pertama ditarik balik pada bulan Mei, pola yang menurut pakar menjejaki data yang menunjukkan bunuh diri sering jatuh pada fasa pertama krisis seperti konflik dan bencana alam, sebelum meningkat mendadak.

"Untuk bunuh diri di Jepun, kenaikan itu adalah peristiwa besar dan saya rasa ini adalah titik perubahan besar," kata Michiko Ueda, profesor sains politik di Universiti Waseda di Tokyo yang mengkaji mengenai bunuh diri di Jepun.

"Coronavirus pasti adalah faktor utama," katanya kepada AFP, memberi amaran "kami tidak dapat menolak kemungkinan angka itu akan meningkat lagi tahun ini". 




Sumber - AFP/Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 24-1-2021 01:24 AM
Dorg senang jah,g je kt mana2 bangunan tggi,terjun je..xpun xnak mati hancur gtu,mati lemas secara senyap..kalau xnk,p laa kat aokigahara forest tu bunuh diri..

Xlupa jgk kt msia ni,gen stroberi pn ramai jgk y acah2 rebel n suicidal sbb permintaan tak dipenuhi..gara2 covid?maybe..auto stupid..{:smile
Quote dua_chzy 24-1-2021 01:28 AM
salmon-suki replied at 24-1-2021 01:24 AM
Dorg senang jah,g je kt mana2 bangunan tggi,terjun je..xpun xnak mati hancur gtu,mati lemas secara s ...


Anak2 muda sekarang, agama quite lehnat la sister. Pelajar di tahun 2021 ni pun dah tak spiritual banding 12 tahun lepas. I wonder hapa mak pak deols ajar kat rumah. Aiol pernah frustrated, bawak bebudak berdoa seblom mula kelas tapi boleh pulak yang pimpin bacaan doa tu gelak2. Why la. Masa memula jadik cikgu ai tak jumpa pelajar hansuang gini berani main2 depan Tuhan. Selayaknyalah jadik sendu hati tisu dah rohani lemah.
Quote MsPercy 24-1-2021 01:46 AM
Mental health is real
Semua org terkesan dgn pandemic ni
Quote anony-mous 24-1-2021 02:48 AM
dua_chzy replied at 24-1-2021 01:28 AM
Anak2 muda sekarang, agama quite lehnat la sister. Pelajar di tahun 2021 ni pun dah tak spiritua ...

Lepas tu nnti sembang agama x ada kaitan dgn mental health. I rasa basic dia agama dlu, baru mental health. Kalau hati xtenang jah, cuba dekatkan diri dgn Allah dlu, kalau xberjaya baru seek help fr doc. Ni i tgk bbnu twitter asal stress sikit dah canang depressed, anxiety . Entah2 solat pon entah ke mana
Quote dua_chzy 24-1-2021 06:49 AM
anony-mous replied at 24-1-2021 02:48 AM
Lepas tu nnti sembang agama x ada kaitan dgn mental health. I rasa basic dia agama dlu, baru menta ...

Begitulah sister...

Tapi kalau sikit2 ruqyah sikit2 ruqyah bila kena gangguan mental pon akak rengsa juga. Sorry, sedang wasap2 cerita ghosties dengan kawan. Rasa nyampah pula sikit2 sheol bilang ai ngan anak2 kena rukyah pehtu macam nak mengada2kan hapo yang ai ghasa takda.
Quote lurve82 24-1-2021 07:19 AM
Dah ko latih citizen ko keje mcm nk mati....mmg la sapa2 pun nak bunuh diri...all about duniawi...xde keseimbangan...
Quote Tinot7 24-1-2021 08:16 AM
Takziah kpd keluarga.
Harap2 depa perolehi ketenangan.
Quote MontanaHannah 24-1-2021 08:38 AM
Jepun mana ada agama . Pedoman itu tidak ada.

Batas pegangan dunia ,setara mana kita perlu cari ,perlu genggam ,pelu kejar ...xde dalam  pegangan hidup bangsa Jepun.

Hidup kalau pakai logik memang mudah ko terkena penyakit stress dan sakit jiwa.

Hidup ini  lurus, berjalan dan berdirilah di jalan yg lurus, kembali ke jalan yang benar,

Buang sikap tamak haloba dan kepentingan diri yang  melepasi batas smepadan ,semua itu hanyalah nafsu buas semata-mata.

Pernah bekerja di Jepun xlama sangat tetapi otak bangsa Jepun  seumpama  di program untuk   bekerja dengan hala tuju yang tidak jelas, selain daripada tahap ekonomi yang sumpah tinggi....banyak lagi  kemajuaan lain yang sebenarnya tidak ada pun di Jepun.

Jika suatu hari ko bangun pagi dan merasa cukup ,maka ko lah yang terbahagia.

Pernah kah?

Bahagia bukan kerana harta ye, ianya kerana hati ko cukup damai dan tenang dan nak buat kerja apa pun menjadi.

Wallahu3alam.
Quote salmon-suki 24-1-2021 10:42 AM
dua_chzy replied at 24-1-2021 01:28 AM
Anak2 muda sekarang, agama quite lehnat la sister. Pelajar di tahun 2021 ni pun dah tak spiritua ...

Kannn kaka...overacting jgk budak2 skrg..pstu jenis blame org lain,salah sendiri tak nampak...bila ditegur,kemain mencarut mcm2 padahal umur setahun jagung..berlagak nak beli brg2 branded tp xde usaha..n y penting,cita2 pn x semenggah,y ada dlm otak dorg cuma nak feymes,be it buat kelakuan bodoh ke tak.asalkan viral..

Maruah dipijak2..sifat malu jauh sekali laa nak ada..
Quote helicornia 24-1-2021 11:07 AM
jepun apa nk heran
Quote totokreturn. 24-1-2021 11:08 AM
MontanaHannah replied at 24-1-2021 08:38 AM
Jepun mana ada agama . Pedoman itu tidak ada.

Batas pegangan dunia ,setara mana kita perlu cari  ...

ek ela, nak jadi alim plak dia ni, sebelum ni info pun merapu ntah apa apa ajaran sesat bagi
Quote helicornia 24-1-2021 11:10 AM
dua_chzy: Begitulah sister...Tapi kalau sikit2 ruqyah sikit2 ruqyah bila kena gangguan mental pon akak rengsa juga. Sorry, sedang wasap2 cerita ghosties dengan  ...

iols pun rengsa sis sikit2 rukyah. sampai masuk kt dlm tv cara2 nk ruqyah.berduyun2 belajar nk ruqyah.apo? masalah umat ni sume disebab hantu setan ke?masalahnya jiwa sendiri kosong, pegangan tk kuat.iman tk kuat.bila dibagi nasihat kadang tk mau dengar.pastu nk salahkan hantu setan
Quote Artemesiaa 24-1-2021 11:16 AM
salmon-suki replied at 24-1-2021 10:42 AM
Kannn kaka...overacting jgk budak2 skrg..pstu jenis blame org lain,salah sendiri tak nampak...bila ...

Dah parents mereka pun sama je macam dia apa nak dikata.  Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.  Yang dititik beratkan hanya macam mana nak lulus periksa, boleh masuk U, boleh beli kerita H, duduk opis berair con, juga jadi kaya dan ternama.  Sopan santun hormat dan yang lain semua dah kelaut dalam lama dah.
Quote Artemesiaa 24-1-2021 11:21 AM
Jepun ni walau pun dikatakan modern sistem lama masih tetap mereka ikuti macam sistem senior dalam organisasi, tempat kerja atau perkumpulan.  Tak suka bercampur dengan orang kuar, tak suka berbahasa luar.  Wanita bukan golongan pertama terutama dikalangan generasi lama.  Yang muda2 atau yang pernah berlajar diluar negara je yang nak berubah yang lain tetap tegas nak ikut sistem mereka.  Kalau jenis tak ramai kawan keluarga pulak jauh, tak ada sokogan dari keluarga jalan tu akhirnya ramai diantara mereka pilih.
Quote honeybee1802 24-1-2021 11:32 AM
dua_chzy replied at 24-1-2021 01:28 AM
Anak2 muda sekarang, agama quite lehnat la sister. Pelajar di tahun 2021 ni pun dah tak spiritua ...

tu ler uols bebdk skang ni reti main games jah...jaman kita dulu kalo asrama pkl 5 dah bgn bersiap pi subuh...kadang wiken qiam lagik..walau sambil mata dah tetido..tp i guess amalan2 yg ustaz ustazah paksa tu la kot yg membautkan iols relaks je nak hadap segala mala peksa..ada la sekor 2 yg kekonon stress nak jerit2..masalahnya dia jerit mcm org histeria dah plak org panggil rukyah ke haper..
tp ada je kawan anak iols i nampak ler jenis org nak berjaya...ppkl 4:30 dah bgn..so chaze mana bdk degil ko persetankan..dia yg mintak gitu...
Quote dudaberhias 24-1-2021 11:34 AM
lurve82 replied at 24-1-2021 07:19 AM
Dah ko latih citizen ko keje mcm nk mati....mmg la sapa2 pun nak bunuh diri...all about duniawi...xd ...

Tu la, sana kerja memang tak hengat. Tokyo tu pun boring sebab lifestyle hanya kerja je. Omaigoddd. Bayangkanlah nampak orang balik office hour tu ala2 robot jah balik rumah
Quote dudaberhias 24-1-2021 11:38 AM
Btw cuols sume tau kan jepun ada tiga agama majoriti, Shinto, Buddhism, Christianity.

Yang meninggal bukanlah yang percaya Reincarnation yach tapi mostly Christian. Actually bukan sebab agama la ni iols nak citer. Ni sangkut paut dengan Culture & Lifestyle deorang jugak yang membuatkan deorang cenderung bunuh diri. Kamikaze dan Seppuku gittew.

Tengok la deorang kerja macam mana. Terpacak kat ofis, balik tido. Esok terpacak balik dekat tempat kerja.
Quote Dwdrum 24-1-2021 12:15 PM
Edited by Dwdrum at 23-1-2021 08:17 PM

Mental problem sometime got nothing to do with agama... Born with disease... Baby seawal 2 yo sudah ada mental problem... Di mana akal /mental masih fresh without fahami apa itu masalah..or jiwa kosong...
Hidup jika ada masalah sehingga chronic try to manage situation untuk feel comfortable... Jumpa Dr prescribed medicine... Councelling... Penuhi di dengan spritual thingy... Doesnt fix ur problem... Hanya mask ur problem... Self motivation.. Controll emotion.. Solved problem... Berfikir remeh issue bukan penting... Take problem seriously... Lead to masalah mental lebih serious.. Walaupun berat sangat masalah.. Letak saja di kaki.. Calm... Dan fikir secara rational untuk solve the problem sometime need to sacrifice sesuatu yang kita sayang... Mental illness not going to kill u.. But mereka sendiri pilih untuk suicide untuk end the problem.... Tiada manusua born without problem.. Problem orang miskin or kaya.. walaupun problem berbeza satu sama lain... Tetapi masih lagi di panggil problem... No different....
Quote lurve82 24-1-2021 02:18 PM
dudaberhias replied at 24-1-2021 11:34 AM
Tu la, sana kerja memang tak hengat. Tokyo tu pun boring sebab lifestyle hanya kerja je. Omaigoddd ...

Balik keje singgah yamseng dulu atau happy hour lepas tu balik...tdo 4 jam lepas tu repeat la smpi ajm...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.045447 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top