CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Duit 80 Keturunan Boleh Hidup, Tak Rasa" - Zila Gusar Nasib Orang Susah

24-1-2021 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8134| Komen: 33

Pelakon senior, Zila Bakarin meluahkan kegusarannya melihat realiti masa kini yang dihadapi golongan kurang bernasib baik untuk turut sama mengikuti pembelajaran secara atas talian.



Menurut Zila, tidak semua ibu bapa mampu untuk menyediakan kemudahan pembelajaran atas talian lebih-lebih lagi buat mereka yang miliki anak yang ramai.

“Dah beberapa hari anak-anak online class. Bila sama-sama dengan diorang masa online, aku tengok tak ramai jugak murid yang ada. Setahu aku satu kelas lebih kurang 22 orang. Mana yang lain?

“Hari tu aku terbaca seorang ibu bagi tahu cikgu anak dia tak boleh online sebab phone ada satu. Ibu tu punya. Anak ada tiga. Masa online sama. Macam mana tu cikgu? Allahu luluh hati aku dengar,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Khamis.


Dalam pada itu, Zila turut berharap agar peluang pekerjaan dapat diperluaskan bagi meringankan beban buat mereka yang kurang bernasib baik.

“Mulalah terfikir kalaulah aku dapat bantu. Itu seorang! Berapa ramai lagi yang tak mampu adakan phone, tab dan laptop untuk anak-anak online dan belajar.

“Itu kita cerita pasal gajet. Wifi? Semua tu duit? Pada yang mampu tak rasa. Duit 80 keturunan boleh hidup. Pada yang tak? Itu baru cerita pasal pembelajaran anak-anak. Tak masuk yang lain lagi #kamiperlukerja,” akhirinya.


Kredit foto: IG Zila

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Zila selain turut berharap agar pihak kerajaan dapat memikirkan solusi bagi permasalahan ini.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 24-1-2021 01:25 PM
ni tandanya gov fail failur gov wajib di buang next PRU
Quote AshKetchum 24-1-2021 02:24 PM
kalo takde duit tak boleh la nak repair muka cocok2 repair dagu bagai kan?
Quote sayawifenikmie 24-1-2021 03:13 PM
AshKetchum replied at 24-1-2021 02:24 PM
kalo takde duit tak boleh la nak repair muka cocok2 repair dagu bagai kan?




..awak ni dah kenapa ? betul lah dah tu dia punya concern .. apa kena mengena dengan dia cucuk ke telan ke apa tu ? sejenis yang tak ada empati ye?
Quote Lengkong 24-1-2021 03:45 PM
Betul lah apa Zila cakap, dia rasa simpati bagi pihak orang lain yg susah
Quote Nenolen 24-1-2021 05:42 PM
Makin tu makin cantik si Zilla nie...
Quote Aikiko 24-1-2021 05:52 PM
sayawifenikmie replied at 24-1-2021 03:13 PM
..awak ni dah kenapa ? betul lah dah tu dia punya concern .. apa kena mengena dengan dia cuc ...

Betul ada je yg xkena si hati netz ni, dia suarakan pasal dia concern kang xabis2 netizen persoalkan retis2 hanya dengan lifestyle lavish sume mana kisah perihal rakyat marhaen
Bab cucuk2 tue antr dia ngan tuhan...mmg agak scary pic.dia di atas walhal muka dia natural pun dah cantik
Quote monsterwife 24-1-2021 06:34 PM
AshKetchum replied at 24-1-2021 02:24 PM
kalo takde duit tak boleh la nak repair muka cocok2 repair dagu bagai kan?

Apa kena mengena psl dia cucuk dagu dgn apa yg dia utarakan
Sesuatu yg berbeza kan.
Think positive sikit
Quote 234126 24-1-2021 08:41 PM
pada yang tak terkesan boleh la mencapub cakap beli benda lain boleh, beli gadget utk anak2 tak boleh.

Kat shoppee tu bersepah review mak bapak cuba beli tab used tab murah recon dari china RM300-400 ujung2 bila dapat tak boleh pakai tak boleh connect. Kesian baca. Mcm tertipu, duit pulak habis melayang. Some nasib baik gadjet tu ok, some tak bernasib baik. Ikut nasib. Nak refund mmg tak lah seller kan.

RM300-400 pada iol harga medium tapi masih mahal utk sesetengah mak bapak. Diorang cuba juga bukan takat beli yang bawah Rm100. Tapi bila kena kecam juga, iol memang rasa sedih utk diorang.
Quote sundelbolong 24-1-2021 09:36 PM
Just nak cakap si Haflin tu dia kesah ke hidup org yg kehilangan pekerjaan, mangsa banjir semua tu? Why bother why bother
Quote Pamelaloba 24-1-2021 09:49 PM
AshKetchum replied at 24-1-2021 02:24 PM
kalo takde duit tak boleh la nak repair muka cocok2 repair dagu bagai kan?

Ada kena mengena ke? Minum ketum ke ko ni
Quote boyagombak 25-1-2021 11:23 AM
AshKetchum: kalo takde duit tak boleh la nak repair muka cocok2 repair dagu bagai kan?

{:quest
Dah kena ayaq ketong ka belum lg? Zila tu komen psl kemudahan On9 yg sgt teruk utk budak2 sekolah, kenapa nk oertikaikan tentang rupa parasnya? Awat hg sakit hati ka tengok muka dia? Dia ada kaco hidup hang ka?
Quote MadameOnion 25-1-2021 12:26 PM
struggle setiap org tak sama...mcm aku healthcare worker kalau boleh nak pkp smpai kes betul2 turun..tapi org keliling aku ada yg meniaga, keja kilang, keja kedai baju depa nak keja...kalaulah rakyat malaysia boleh betul2 patuh SOP aku rasa ok je..ni rmai yg mengelat
Quote ckenj 25-1-2021 12:36 PM
betul la concern dia, compny aku leh la kje wfh so ada la masa kisahkan anak, ni sekolah anak mak pak dlm telegrm, siap ckp kt cikgu, mintak maaf sbb dia kje, hp 1 kat dia, tak sempat nk print or rakam anak buat kje, boleh tak hantar lepas kul 10 mlm, kekdg tu ade je hantar lepas pkul 12 mlm..
Quote TomyamPuteh 25-1-2021 10:15 PM
Ank Zila Bakar darjah 1 kt sklh sepupu aku. Sepupu aku tu siap ss gmbr ank dia time gugel meet. Gebus gebas budaknya.
Quote CikYaYaYa 25-1-2021 11:01 PM
Betoi laa apa yg acik zilaa ni ckp.. Kesian kdg2 tgk parents duk.mengeluh anak ramaii pastu kelas lak online. Nk beli sorg satu hp or laptop to bukn nya murah.. Dgn internet nya lagi... To pon ada yg komen mcm xde prsaan empati lgsg dlm diri....  
Quote Acikgomen 25-1-2021 11:01 PM
sayawifenikmie replied at 24-1-2021 03:13 PM
..awak ni dah kenapa ? betul lah dah tu dia punya concern .. apa kena mengena dengan dia cuc ...

Sabar kaklid sabar
Quote sayawifenikmie 26-1-2021 08:02 AM



geram lak aku musim2 pkp sibuk jaga dagu orang runcing ke apa ke ....kekee  

... acik sihat mental fizikal ekonomi ke musim2 pkp ni? stay safe ...
Quote wunan88 26-1-2021 08:06 AM
bila rakyat x sedar untung duduk 60tahun bawah BN..ni lah bahana dia
Quote Acikgomen 26-1-2021 10:25 AM
sayawifenikmie replied at 26-1-2021 08:02 AM
geram lak aku musim2 pkp sibuk jaga dagu orang runcing ke apa ke ....kekee  

... acik  ...

Serabut la kaklid mana dgn wfh, nak masak lagi, yg kakak terkial2 nak pdpr, yg adik jadi attention seeker tgk mak dlm rumah, yg abang meroyan takleh pi dating, yg bapak lapar 24jam

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.037271 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top