CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Curang, Shuk Sahar Digantung Tugas

25-1-2021 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37094| Komen: 226

Penyampai radio, Shuk Sahar digantung perkhidmatan daripada stesen Hot FM, mulai hari ini.

Menerusi kenyataan media, pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan, perkhidmatan Shuk digantung serta merta.


Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan Hot FM melakukan siasatan dalaman mengenai isu yang sedang tular dalam media sosial.


Kredit foto: IG

Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.

Shuk mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Fizi dan Shuib dan popular menerusi program hiburan seperti I Can See Your Voice Malaysia dan Jenaka Kampung Kalut (JKK).


Terdahulu, pergolakan rumah tangga Shuk kembali hangat diperkatakan dalam laman sosial apabila isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera mendakwa suaminya curang.

Kredit foto:

Menerusi beberapa entri yang dimuat naik di Instagram (IG), Sera mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Shuk juga pernah dikaitkan dengan seorang wanita sekitar Julai tahun lalu.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratul Ain dan Nur Assyifatu Aimy. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 25-1-2021 12:47 PM
Mesti berbelit lidah cikgu3 si bini syuk ni mk sebut nama dia masa kt skola dulu {:smile
Quote MsKathryn 25-1-2021 12:48 PM
Sayang kerja dh ok... byk mngacara sana sini buat perangai plak ... musnahkn diri sendiri
Quote helicornia 25-1-2021 12:49 PM
ni baru gosip MRO!
Quote jamilahpropa 25-1-2021 12:49 PM
Wohoo pantasss.. Tak nak bertepuk tangan, tapi terjerit gak la yesss dalam hati tadi..
Anggap la ni pengajaran ye shuk, kembali ke pangkal jalan.. Buat benda yg betul..

Kalau tak kau terus bongkak.. Org yg x bersyukur ni mmg kena tarik sket nikmat dia..
Quote idril 25-1-2021 12:50 PM
elok kena gam..... buat mcm kat korea nun..... artis ada attitude problem mcm ni mmg goodbye lar dari industry
Quote sarah82 25-1-2021 12:56 PM
Kalau kena gantung tak dpt gaji la kan.
Quote sweetfasha 25-1-2021 12:57 PM
aduhai.. macam ni pun boleh curang?
Quote Lailerthee 25-1-2021 01:01 PM
Adakah dia bakalan menyalahkan wife nye? Tpi si farah tu da bg statement da lama putus dgn syuk ni. Adakah nk clearkan nama sbb syuk di gantung?
Quote gummiebear 25-1-2021 01:03 PM
Selayaknyaaaaaaaa
Quote epuepy 25-1-2021 01:05 PM
Well. Nasik dh jadi bubur. Lepas ni harap insaf la syuk oii. Pempuan dekat dgn ko pn sbb duit je. Xde duit,jgn harap pempuan nk kat ko.

Pempuan yg btl2 nk kat ko x kira la ko berduit ke x, tu anak pempuan ko dua org yg kt uma.
Quote jamilahpropa 25-1-2021 01:06 PM
Lailerthee: Adakah dia bakalan menyalahkan wife nye? Tpi si farah tu da bg statement da lama putus dgn syuk ni. Adakah nk clearkan nama sbb syuk di gantung?



Acah nak jadi pompuan baik yg memahami shuk ka hahah
Quote YomiuriLandMae 25-1-2021 01:07 PM
so learn from mistake.. sayangnya la kena gantung bodo2 cmtu je.. reputasi pun jatuh.. nikmat rezeki pun ditarik.. hope muhasabah..
Quote salmon-suki 25-1-2021 01:09 PM
Makpak bodoh gaduh kat socmed,anak2 y jadi mangsa..dah kena gantung tugas,xde gaji,xde duit,pstu apa next step bini dia?sgt bodoh..netz y batu api mmg laa bersorak horay2 sbb bkn mereka y kt tmpt dorg,konon2 nak support c bini,tp last2 terciduk semua..

Suh report kt penguatkuasa agama xnak,pstu merempan kt socmed boleh pulak..anak2 ntah ke mana..bodoh bertingkat2 lakibini!
Quote chipsmoremore 25-1-2021 01:12 PM
Detik kehancuran kerjaya dah sampai... moga bertaubat la syuk, kalo gatai sangat nikah cara halal
Quote love_warrior 25-1-2021 01:25 PM
Byk job Shuk ni, DJ Hotfm, host ICSYV TV3, Host pelbagai program kat AWESOME TV (muka dia sja). Syg... ujian lelaki bila byk duit... All the BEST
Quote chaos_sweetly 25-1-2021 01:26 PM
Syukur Alhamdulillah...
Quote hatikudus 25-1-2021 01:26 PM
Nafsu punya pasal...tertutup periuk nasi...adan uke
Quote me12345 25-1-2021 01:32 PM
Mmg patut lah stesyen radio ambik tindakan camni...
Quote kiah_mai_pulak 25-1-2021 01:33 PM
Lailerthee replied at 25-1-2021 01:01 PM
Adakah dia bakalan menyalahkan wife nye? Tpi si farah tu da bg statement da lama putus dgn syuk ni.  ...

dh lama putus takkanlah smpai mlm kejadian tu kasut si shuk tu ada lg kat rumah faraj tu?

Lihat semua komen(226)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.035052 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top