|
Aktres Nad Zainal meletakkan bintang digelar 'Hero Malaya', Datuk Rosyam Nor sebagai aktor paling digeruni apabila mereka digandingkan dalam dua projek telefilem.
Nad mengaku pengalaman berlakon bersama Rosyam cukup menggerunkan bagi dirinya yang sudah 13 tahun bertapak dalam dunia seni. Tidak hairanlah, ketika berkongsi senarai aktor yang pernah berganding dengannya melalui Instagram (IG) TV, baru-baru ini, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin meletakkan nama Rosyam pada tangga pertama. "Dua kali berganding dengan Rosyam dianggap momen indah dalam kerjaya seni. Siapa tidak gerun berlakon di sisinya. Namanya hebat dan cukup karisma.
"Bayangkanlah, dapat berlakon dengan pelakon pujaan hati. Malah, ibu bapa saya juga sukakan Rosyam. "Ketika mereka tahu saya berganding dengannya buat kali pertama, ibu dan ayah teruja. Sedangkan, saya pula gementar bercampur takut," katanya.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.380948 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.