Diam tak diam, sudah hampir setahun pelakon, Nina Iskandar pulang ke negara kelahirannya, Brunei dan belum berpeluang kembali ke Malaysia, akibat penularan COVID-19.
Umpama 'cuti' panjang, Nina mengakui ada hikmah di sebalik ujian pandemik COVID-19 apabila dia dapat meluangkan masa bersama suami, Azlan Adzanan dan anak mereka, Muhammad Aaryan ar-Rizqin. Nina yang popular melalui drama Andainya Takdir sepatutnya pulang ke Malaysia sebaik habis berpantang selepas melahirkan anak sulung, Mac tahun lalu. Namun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama yang dilaksanakan kerajaan, menghalang dia kembali aktif. "Berikutan PKP dilaksanakan, saya terpaksa tolak tawaran itu. Apatah lagi, sekarang fasa kedua PKP, saya tidak mahu ambil risiko.
"Ada kemanisan apabila saya 'terkandas' di Brunei. Saya dapat melihat anak membesar di depan mata dan kembali ke pangkuan keluarga. "Mujur suami saya menetap di Brunei... Tidak dapat dibayangkan jika kami terpisah andai dia tinggal di Kuala Lumpur," katanya kepada BH Online. Kali terakhir Nina membintangi drama Rumah Siti Khadijah arahan Heykal Hanifah mengisi slot Samarinda TV3 pada 2019. Nina seronok menimba pengalaman menjadi ibu kepada putera sulungnya. "Anak saya sudah berusia setahun... Macam-macam ragamnya sekarang. Mencabar juga dengan Aaryan yang lasak dan 'hyper'... Maklumlah anak lelaki," katanya. Mengenai penularan COVID-19 di Brunei, Nina yang mula menceburi sektor pemasaran membabitkan operasi dua negara berkata, keadaan adalah terkawal. "Mula menerap norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP), kehidupan di negara ini seperti biasa tetapi penuh disiplin," katanya. Ditanya mengenai perancangan kembali ke Malaysia, Nina mengaku berbelah bahagi dengan situasi penularan pandemik COVID-19. "Sepatutnya, akhir tahun lalu, kami merancang pulang ke Malaysia. Namun, selepas dipertimbangkan, masanya belum sesuai. "Jika diikutkan, saya boleh memohon kebenaran daripada kerajaan. Namun, ia bukan prosedur mudah. Jadi, saya ambil konsep 'tunggu dan lihat'. "Pada masa sama, saya menunggu perkembangan pembekalan vaksin bagi mencegah penularan wabak ini. Jadi, buat sementara waktu, kami tinggal di Brunei," katanya. -CARI Sumber: Beruta Harian
|
sukacactus replied at 25-1-2021 02:26 PM
Aku xleh lupa nama laki dia, Lan Lebah
Rupa xkenal, tapi nama dia tu
KIM.K replied at 25-1-2021 01:43 PM
Org brunei kata yang bawak positif semua bukan warganegara
rosevelvet replied at 26-1-2021 06:15 PM
Aku baru tpikir psl nm laki dia. Aku ingt nama lan tebuan. Rupanya lebah ye. Tp nmpk lain plak muk ...
reddots replied at 26-1-2021 07:54 PM
Maksudnya yg ada positif case skrng ada lah kes import. Contoh hari ni ada 1 new case import dr N ...
ADVERTISEMENT