Bekerja dari rumah atau work from home (WFH) mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya masa yang fleksibel. Namun, ada banyak cabaran yang tidak mampu dikawal seperti akses Internet yang terhad serta fokus terhadap tugasan. Malah, mereka yang bekerja dalam bidang media dan penyiaran turut tidak terkecuali.
Terbaru, tular video memaparkan kompilasi lucu bloopers wartawan serta penyampai berita ketika bertugas dari rumah masing-masing. Bukan saja berdepan dengan bunyi bingit pintu bilik dibuka, malah bunyi ayam berkokok turut mengganggu ketika membuat liputan. Paling mencuri perhatian adalah gelagat seorang wartawan yang 'geram' apabila mengalami masalah akses Internet di rumahnya. Dia juga sempat mengeluh apabila wajahnya tidak muncul dalam Google Meet. Setelah puas dibantu rakan penyampai lain, rupa-rupanya dia terlupa mengaktifkan lensa kamera di komputernya. Menjengah ke ruangan komen, netizen mengakui terhibur dengan rakaman bloopers 'geng wartawan' di sebalik tabir tersebut. Tidak kurang juga yang kagum dengan sikap profesional petugas media di hadapan kamera. Sumber: Kisah Dunia
|
Delifrance replied at 25-1-2021 04:17 PM
Ini org tua. Imagine google meet budak2 sek rendah
ADVERTISEMENT