CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19: Percaya Dengan Sirap Herba, Akhirnya Menteri Kesihatan Sri Lanka Disahkan Positif

25-1-2021 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1525| Komen: 3



MENTERI Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi disahkan positif COVID-19.

Beliau sebelum ini dikritik kerana menyokong dan mengamalkan minum sirap herba yang dibuat oleh bomoh, kononnya penawar kepada koronavirus.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan pada Sabtu mengesahkan, Pavithra menjadi pegawai tertinggi setakat ini yang dijangkiti virus itu.

Beliau dan kontak rapatnya diminta menjalani kuarantin.

Doktor menyatakan tidak ada asas saintifik menyokong pengambilan sirap tersebut sebagai ubat untuk koronavirus.

Sirap itu dikatakan mengandungi madu dan buah pala.

Disember lalu, ribuan orang berbaris panjang di bandar Kegalle, timur laut ibu kota Colombo, untuk mendapatkan sirap itu setelah Pavithra dan beberapa pegawai kerajaan lain secara terbuka meminumnya.

Pembuat sirap itu mendakwa dia mendapat formula dari kuasa Tuhan.

Menerusi media tempatan, dia mendakwa Dewi Hindu Kaali muncul dalam mimpi dan memberikan resipi untuk menyelamatkan umat manusia dari koronavirus.

Perubatan alternatif sebagai usaha menyembuhkan penyakit diamalkan secara meluas dalam kalangan majoriti masyarakat di Sri Lanka.

Sri Lanka melaporkan 52,964 kes dengan 278 kematian setakat ini akibat COVID-19.



Sumber : AstroAwani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-1-2021 04:34 PM
Walaupun menteri kesihatan tetap perangai manuskrip kuno tal berubah
Quote mamajawie 25-1-2021 05:07 PM
menteri air suam kita da kena covid lom?kalu x bleh join the club ngan achi sri lanka ni..
Quote LadyCarefree 25-1-2021 08:12 PM
Patut lama xbuat video masak. Sibuk jd menteri.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.027509 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top