|
Seorang isteri didakwa membantu suaminya untuk merogol rakan sekerja. Lapor Tribunnews, wanita itu terpaksa menurut arahan suaminya kerana takut diceraikan dan perbuatan terkutuk itu sudah dilakukan suspek sebanyak dua kali. Jurucakap polis Kota Bukittinggi di Sumatera Barat, Chairul Amri Nasution berkata, mangsa dan suspek merupakan rakan kerja di sebuah premis perniagaan di Bukittinggi. “Isteri suspek menyuruh mangsa datang ke tempat kerjanya sebelum dipaksa melayan suaminya, malah dia diugut akan diceraikan jika kemahuan suspek tidak diikuti. “Suspek juga dilaporkan sering menggoda mangsa di tempat kerja, namun tidak dilayan,” katanya. Chairul turut memaklumkan insiden rogol pertama berlaku di tempat kerja mereka, manakala kejadian kedua berlaku di tempat kerja isteri suspek.
Katanya, pasangan suami isteri itu sudah ditahan untuk bantu siasatan berhubung kes berkenaan. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.050159 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.