CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Tawar Diskaun Kalau Dah Suntik Vaksin Covid-19

25-1-2021 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1836| Komen: 3

Restoran di Dubai mula menawarkan diskaun kepada pelanggan yang sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata, ia sudah melaksanakan suntikan vaksin berkenaan kepada 2.5 juta penduduknya daripada 10 juta jumlah keseluruhan populasi.



Kredit foto: AFP

Ia adalah jumlah kedua tertinggi selepas Israel bagi kadar populasi yang sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Risalah diedarkan di media sosial menyatakan 'sebarkan kasih sayang, bukan Rona' oleh rangkaian restoran tempatan menawarkan diskaun 10 peratus kepada penduduk yang sudah mendapatkan dos pertama suntikan, manakala potongan harga 20 peratus untuk pelanggan yang sudah melengkapkan kedua-dua dos.

Pelanggan perlu menunjukkan bukti seperti sijil perubatan bagi menandakan mereka benar-benar sudah mendapatkan vaksin berkenaan.

Walaupun sebahagian penduduk Dubai mengalu-alukan langkah itu, namun ada yang kurang senang.


"Terdapat dua cara untuk melihat inisiatif berkenaan. Sama ada ia hanya taktik pemasaran atau ia langkah jujur untuk menggalakkan penduduk negara ini mendapatkan suntikan," kata satu hantaran di Twitter.

UAE memulakan program vaksinasi besar-besaran sejak Disember tahun lalu, menggunakan vaksin keluaran Sinopharm dan Pfizer-BioNTech.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 25-1-2021 09:44 PM
Sasha saidin frozen al elsa.boleh la.gi mamam kat situ..
Quote wnwa05 25-1-2021 09:48 PM
bagi lah hadiah iphone ke..tap ke.boleh la budak2 nak belajar.mak pak sekarang bukan semua hidup senang
Quote Ain_h 26-1-2021 12:02 PM
Wow, kat dubai dah ada vaksin dahh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.047713 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top