CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Perubatan Kanada Dakwa Ubat Gout Mampu Ubati COVID-19

25-1-2021 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2819| Komen: 11

OTTAWA: Sekumpulan pakar perubatan di Kanada mendakwa telah menemui ubat yang diambil secara oral yang dipercayai berkesan merawat COVID-19 dan mengurangkan risiko komplikasi penyakit itu.

Pakar dari Institut Jantung Montreal berkata ubat antiradang Colchicine yang biasanya digunakan untuk merawat gout itu sebagai "penemuan saintifik" kerana ia ubat pertama di dunia yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 yang tidak dirawat di hospital.

"Ini adalah kajian terbesar di dunia, yang menguji ubat yang diberikan secara oral kepada pesakit, yang tidak dimasukkan ke hospital dengan COVID-19," kata institut itu dalam kenyataannya pada Jumaat.

Ujian klinikal menunjukkan Colchicine berjaya mengurangkan 21 peratus risiko kematian atau dimasukkan ke hospital terhadap pesakit COVID-19 berbanding plasebo, lapor AFP.

Kajian tersebut didakwa dilakukan ke atas 4,488 pesakit di Kanada, Amerika Syarikat, Eropah dan Amerika Selatan.

Daripada 4,159 pesakit itu, penggunaan Colchicine berjaya mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 25 peratus, keperluan ventilasi mekanikal sebanyak 50 peratus, dan kematian sebanyak 44 peratus.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan MHI dan penyelidik utama dalam kajian ini, Dr Jean-Claude Tardif, Colchicine berkesan dalam mencegah sindrom keradangan berbahaya yang disebut "cytokine storms" dan mengurangkan komplikasi yang berkaitan dengan COVID-19.

"Kami berbangga menawarkan ubat oral pertama di dunia yang penggunaannya dapat memberi kesan yang signifikan terhadap kesihatan awam dan berpotensi mencegah komplikasi COVID-19 untuk berjuta-juta pesakit," kata Dr Tardif.

Kajian ini dilakukan dalam kalangan pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital dengan sekurang-kurangnya satu faktor risiko komplikasi COVID-19.

Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-HBZ 25-1-2021 11:22 PM

Quote CARI-HBZ 25-1-2021 11:51 PM

Bila masa banyak dihabiskan di rumah dan tidak bekerja, laman web lucah atau pornografi memang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia.

Ini adalah aktiviti yang tidak sihat dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan mereka telah menyekat 2,921 laman web yang mengandungi pornografi sejak tahun 2018.

Tindakan undang-undang juga diambil terhadap pemberian atau penyebaran kandungan berunsur lucah di platfom media sosial.

Ia menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. – Menurut MCMC kepada Harian Metro.

Sebelum ini telah tersebar kajian yang menunjukkan 4 daripada 10 rakyat Malaysia didapati melayari laman web lucah dalam tempoh seminggu.

Lebih menyedihkan lagi bila data juga menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-4 dunia melayari laman lucah selepas Slovakia, Bulgaria dan Ireland dan merupakan negara pertama di Asia.

Apa yang dapat kita lakukan untuk memastikan aktiviti tidak sihat ini dapat dikawal?

Jika korang mengetahui ada berlaku penyebaran kandungan lucah boleh salurkan aduan melalui emel di [email protected], WhatsApp di talian 016-220 6262 atau portal aduan pada pautan https://aduan.skmm.gov.my/.

Kredit: Harian Metro/OhMedia
Quote Churchill 25-1-2021 11:56 PM
teringat forumer @JohnnySins  

dia selalu bergaduh dengan forumer yang kata aurora tu graviti

semoga forumer joni sins dirahmati Yang Maha Kuasa

Amin

Quote wnwa05 26-1-2021 12:21 AM

kalau nak tengok porn kena taip apa.  tak pernah rasa nak search  

Quote jamilahpropa 26-1-2021 12:29 AM
wnwa05: kalau nak tengok porn kena taip apa.  tak pernah rasa nak search  

x yah search laa.. rosak mindset..
habis la org mcm shuk tu skrg takde tempat nak lampiaskan nafsu. laman web semua x bleh buka dah plak ahahahaha
Quote rogayahtop 26-1-2021 01:24 AM
Alah mcm la susah sgt nak bypass
Hari ni blok porn esok blok movie yg tak selari dgn yg tgh berkuasa

Suka beno rakyat malaysia ni agensi kerajaan yg buat decision utk rakyat.

Quote sarah82 26-1-2021 01:51 AM
Wartawan cari ni.. Pemalas sungguh.. Kelmarin dah ada forumer buka thread ni.
Quote Ain_h 26-1-2021 02:06 AM
Ada bukti kebersanan ke?
Quote chinta89 26-1-2021 07:31 AM
Pertama di Asia ehhhh
Quote husna_amal 26-1-2021 09:38 AM
facebook twitter dan lain2 pun dah macam laman porno sekarang.
Quote Johi 26-1-2021 03:47 PM
Aku kalau sakit gout betul tak jalan ubat2 gout ni,guna   remanfen /voren( sodium deflanac) dan prednisolone baru lega,tapi prednisolone tak boleh beli suka2 di farmasi sebab ianya streoid kena surat doktor,nak tahu ubat ada streoid belakang dia ada One,ubat gout ni bermacam jenis  spt allupurinol dll

Lihat semua komen(11)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.068379 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top