CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM Jangka Kes Harian Covid-19 Kembali Kepada Dua Angka Mei Ini

25-1-2021 11:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4410| Komen: 39



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian positif COVID-19 kembali kepada dua angka pada Mei ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berharap tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dapat menstabilkan kes-kes harian dan pihaknya menjangkakan penurunan selepas 27 Jan ini.

"Kita harap dalam tempoh dua minggu PKP ini, kita akan dapat elakkan lonjakan kes.

"Jadi, jangkaan kita kalau kita laksanakan PKP untuk tempoh empat minggu disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk seterusnya, mungkin kita akan capai kembali dua angka pada bulan Mei iaitu pada 11 Mei," katanya pada sesi taklimat media darurat COVID-19 KKM yang diadakan secara maya hari ini.


Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) COVID-19 juga semakin berkurangan daripada 1.2 kepada 1.06 hari ini dan nilai itu dijangka terus menurun pada hari-hari seterusnya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard dengan sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan.

"Hari ini genap setahun kita berperang dengan pandemik COVID-19. Mantera peperangan kita masih kekal iaitu kita perlukan kepatuhan yang tinggi. Kalau rakyat Malaysia ada kepatuhan yang tinggi, kita tak perlukan PKP pun.

"Tapi sebab kita dah ada kelonggaran pada 7 Dis 2020, ketidakpatuhan itu amatlah tinggi. Jadi, kita kena laksanakan PKP.

"Kita perlukan disiplin tinggi dengan mengelakkan '3S' (sesak, sempit serta sembang dekat) dan mengamalkan '3W' (kerap cuci tangan, memakai pelitup muka dan amaran)," katanya.




Sumber - BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 25-1-2021 11:58 PM
Lamberttttttt lagi.... sbelum 2 angka, dia cecah 5 angka dlu kikikikikiki....
Quote axl_bach 25-1-2021 11:59 PM
Orix replied at 25-1-2021 11:58 PM
Lamberttttttt lagi.... sbelum 2 angka, dia cecah 5 angka dlu kikikikikiki....

jgnlah dok doakan yg buruk2 utk negara sendiri biarpun kita mungkin x suka dgn kerajaan of the day...

Jgn jadi macam lobai celaka yg sanggup doakan kes Covid naik sampai 300k semata2 benci kat kerajaan of yesterday
Quote xemo 26-1-2021 12:12 AM
awal sangat lagi nak jangka, tapi politician mesti menggelinjat dengar ni, tak sabar nak PRU katanya
Quote jamilahpropa 26-1-2021 12:26 AM
xemo: awal sangat lagi nak jangka, tapi politician mesti menggelinjat dengar ni, tak sabar nak PRU katanya


Aku yakin je dgn jangkaan DG.. Asalkan lepas ni PM follow saranan DG..
Jangan menggatal lepaskan rentas negeri!
Quote sarah82 26-1-2021 01:49 AM
Nak tergelak pulak aku baca komen geng keadilan utk semua.. Masa kedah dibalakan.. Terus menyalak back up geng urban berkerak..

Dasar munafik sungguh..



BPN.. BPN.. Pasal apa la ang tak bg kat org yg ada SSM
Quote damsel_fiji 26-1-2021 01:52 AM
dpt turun 3 angka pun dah syukur sangatt
Quote Ain_h 26-1-2021 02:03 AM
Hapuskan covid - 19
Quote Perawankota 26-1-2021 03:25 AM
Semoga semua ni cepat berakhir
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2021 05:51 AM
Kalu dua angka macam mana nak tikam nombor ekor?
Quote LadyCarefree 26-1-2021 07:54 AM
iols, sepositip DG. Pkp2.0 pun hampeh. Lainlah kalau buat macam. Pkp1.0. Akan ok sikit. Nak balik ke 2 digit tu kalau buat total lockdown macam NZ.
Quote Normabaru 26-1-2021 08:05 AM
Rasanya xperlu buat jangkaan yang xcerdik mcm ni. Makan diri nnt.. Sedangkan obviously angka tgh naik.. Now junior kaka satu family dah stage 4 sesak nafas.. Walhal dia muda lagi..
Quote tapirbiru 26-1-2021 08:07 AM
nombor berkurang sbb testing berkurang..since smlm testing 60,000 kes je berbanding sebelum ni 100,000 kes sehari
Quote anony-mous 26-1-2021 08:13 AM
Mgkin masa tu jangkaan geng freemason bakalan 2angka. So DG penyampai sajork rindu 2 angka
Quote hayrin86 26-1-2021 08:59 AM
Normabaru replied at 26-1-2021 08:05 AM
Rasanya xperlu buat jangkaan yang xcerdik mcm ni. Makan diri nnt.. Sedangkan obviously angka tgh nai ...

Betul.. Lebih baik tiadakan dahulu Thaipusam, Tahun Baru Cina dan Hari Raya tahun ini..

Quote Buritan 26-1-2021 09:02 AM
Orix replied at 25-1-2021 11:58 PM
Lamberttttttt lagi.... sbelum 2 angka, dia cecah 5 angka dlu kikikikikiki....

Ayoyoyoyoyo.. tumpang simpati pd yg semekin tuuu.. aku nak bantu lelebih pung aku pung tak mampu..
Quote Buritan 26-1-2021 09:03 AM
axl_bach replied at 25-1-2021 11:59 PM
jgnlah dok doakan yg buruk2 utk negara sendiri biarpun kita mungkin x suka dgn kerajaan of the day ...

Yeppp.. aku simpati pd rakyat lg lg yg semekin.. siann.. nak mkn pun takde duit
Quote Buritan 26-1-2021 09:04 AM
xemo replied at 26-1-2021 12:12 AM
awal sangat lagi nak jangka, tapi politician mesti menggelinjat dengar ni, tak sabar nak PRU katanya

Aku rasalaa rakyat ok jah baik tak kira cina indu layu.. yg jahak nih politahik ni.. dua dua side rupe siallllllll
Quote Kurex 26-1-2021 09:06 AM
Selamba je orang Selangor dtg KL. Yg KL dtg Selangor
Quote xemo 26-1-2021 11:14 AM
Buritan replied at 26-1-2021 09:04 AM
Aku rasalaa rakyat ok jah baik tak kira cina indu layu.. yg jahak nih politahik ni.. dua dua side  ...

memey jahak boh, pandai pulak tu guna nama rakyat, nak mintak YDPA batal darurat sbb rakyat tak setuju (tapi penakut nak suarakan bak kata sorang tu), aku  rasa  rakyat lagi suka kalau darurat, tapi ini pun darurat macam tak serupa darurat, politician semua dok sembang politik je hari2

tapi kalau betul jabgkaan DG, bagus la, aku cuma kesiankan orang2 yg terjejas ekonomi & mental/emosi je

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.400073 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top