|
Ramai sedia maklum mengenai minat penyanyi Faizal Tahir terhadap hobi menunggang kuda. Malah, penyanyi lagu Gemuruh itu juga memiliki seekor kuda peliharaan peribadi. Namun, berita duka diumumkan penyanyi itu apabila kuda kesayangannya mati.
Dia mengumumkan mengenai perkara itu menerusi akaun Instagramnnya untuk pengetahuan peminat. Menurut Faizal, dia mengetahui mengenai pemergian kudanya itu sekitar waktu subuh semalam. Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial tampil mengucapkan takziah dan turut berkongsikan pengalaman masing-masing mengenai kehilangan haiwan kesayangan.
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.161379 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.